Cadangan Kudapan Atau Kueh Minum Petang Yang Sedap Dan Mudah Disediakan Di Rumah

Cadangan Kudapan Atau Minum Petang Yang Sedap Dan Mudah Disediakan Di Rumah-Tak tahulah style family korang macam mana, tapi jika ada readers blog ini yang mempunyai citarasa sama atau lebih kurang dengan family saya, ada beberapa menu cadangan atau kudapan yang saya nak recomenddedkan kat korang.
Antara menu hidangan minum petang yang sangat best.kiki.Kuih keria gula melaka beb.Cara penyediaannya pun mudah.Bahan pun tak banyak.Nak tengok resepi ko boleh klik sini :
Bagi saya pula, dalam menyediakan kudapan atau minum petang, ia mestilah mudah disediakan, dan sedap.ya tak ?Mana ada orang nak makan benda yang tak sedap.Cuma adabnya, bila kita dapat makan yang tak sedap, jangan cemuh makanan, sebaiknya diam je.
wei.kuih siput rangup dan sedap, berempah lagi kot.Memanglah time nak menyiapkannya ambik masa, tapi kalau ko askar ramai, suruh je depa gentel bergilir-gilir.Kata cuti sekolah kann.Yang ini memang sesuai untuk buat kudapan.Kalau nak try buat sendiri kat rumah, klik resepinya kat sini :
Orait, bukan menu baru pun.Saya nak kongsi antara menu kudapan yang saya dah kongsi pun dalam blog ni.Cuma kali ini saya post dalam bentul kompilasi.Ecehceh.kemain.Dah macam kompilasi lbum lagu gamaknya.kiki.
 
Cadangan Kudapan Atau Minum Petang Yang Sedap Dan Mudah Disediakan Di Rumah
 
Pau sambal sedap dan gebus.walaweh.Ini favourite saya anak beranak.Kalau ko rajin buat donut, doh yang sama boleh juga buat pau sambal ni. Tinggal nak tambah inti sambal.
Resepinya boleh tiru kat sini : Cara Buat Pau sambal yang lembut dan gebus.
 Orang kata buat karipap ni leceh.Banyak benda kena sediakan.Nak kena uli doh bagai.Buat inti lagi.Sebenarnya yang malas akan beri banyak alasan.Sementara anak-anak kecik ada kat rumah, luangkan masa untuk sediakan makanan dari air tangan kita, karang depa dah besar, ko tak mnyesal dan rindu nak masak untuk anak-anak.ceh gitu sekali motivasinya.haha.Jom, tunjuk skill mak-mak korang dan buat karipap sendiri.Resepi tengok kat sini :
 
 Enaknya agar-agar pandan santan.Tambah lagi kalau dapat yang sejuk.Buat agar-agar ni senangnya sebab kita cuma perlu bahan yang ringkas.Kalau malas sangat, ko buat je agar-agar kampung kaler merah tu.Tinggal ngap je kalau dah sejukkan kat chiller.yeahh.
 Kuih kaswi style kampung ni.Saya kata style kampung sebab saya dapat resepi dari mak mertua.Memang sedap, lembut dan kenyal gitu. Boleh buat minum petang atau kalau ada tetamu nak berkunjung ke rumah.Resepinya kat sini :
 Wow! golden betul kuih apam gula hangus ni kan.Tengoklah siapa yang buat dia.muehe.Saya suka apam gula hangus ni sebab rasa gula hangus tu.Tambah lagi dia sangat moist dan gebus.Kalau buat minum petang, tak cukup seketul ko nak ngap nanti.Bahannya sangat simple, nak kukus pun tak lama.Resepinya kat sini beb : Apam Gula Hangus Yang Moist dan Sedap-
 Agar-agar milo yang sedang elok manisnya.Budak-budak ada yang kurang minat benda-benda macam jelly nikan.Dan kita tahu, ramai budak-budak suka milo!Jadi kalau nak trick depa makan benda yang macam ni, buatkan depa agar-agar milo.Rasanya tak sempat ko nak bubuh dalam acuan, depa dah terkam dulu.kiki.Orait, tengok resepinya kat sini : Agar-agar milo sedap-
 
 Yup! cempedak goreng ni memang legend kan.Mak-mak kita dulu, kalau time musim cempedak, hari-hari menu minum petang ko tak pun sarapan pagi ko mesti jumpa cempedak goreng kan.Bolehlah ko try buat cempedak goreng ni buat minum petang seisi keluarga.

 

 Kek Pisang moist.Boleh kukus atau bakar. Lagi satu kek pisang homemade ni kita boleh adjust manis dia kan.Cubalah buat minum petang.Mahunya laki ko mintak potongkan sepinggan, sebab dapat yang masih panas.Kalau beli yang dah siap, alamat terpaksalah laki ko makan sepotong je, tu pun nak ambik hati je.kiki.Jom try kat sini resepinya : Kek Pisang Moist Yang Sedap
 Hey! kek oren in the house! Part kek oren ni memang kerap juga bersiaran kat rumah saya.Sebab anak-anak suka kek oren panas-panas keluar dari oven.Kalau takde oren sunqist kat rumah, boleh juga buat kek oren dengan oren sunquick.Kita buat dia kann.Nak cuba buat sendiri kat sini :

 

 Adudu.Popia goreng rangup idaman kalbu.Serius.Ini Favourite saya sekeluarga.Popia ni yang malasnya sebab ko kena gulung bagai kan.Sebenarnya, ko boleh je lipat popia tu macam ko lipat kain pelikat laki ko.Takde sapa marah, lagipun sudahnya, ko anak beranak juga yang makan kan.haha.Tapi kita ni memasak sambil nak kutip pahala berbakti pada suami dan keluarga, jadi mestilah kita nak pahala yang sempurna kann.tazkirap jap. Popia Goreng Inti Sayur Yang Rangup-

 

 Sagu gula Melaka lembut dan sejuk kat tekak. Sagu gula melaka ni kita akan cari time bulan puasa kan.Padahal, kalau ko dah teringin tu, buat jelah sendiri.Tak payah nak tunggu bulan puasa.Yang bestnya, kita boleh simpan dalam fridge, bila teringin, ko carilah kat dalam fridge rumah ko.Jom, buat sendiri benda yang simple dan mudah : Resepi Sediakan Sagu gula Melaka di Rumah-
 Hey! roti jala ni bukan susah sangat nak sediakan pun.Setakat tepung gandum, air, telur-semua tu mesti dah ada kat dapur umah ko kan. Kalau setakat nak buat minum petang, buatlah agak-agak dapat 10 keping, siaplah.Nak lagi best, kalau ko masak tengahari tu ada kari ayam atau daging lebih, memang ngamlah.Jom, tengok cara saya buat roti jala kat sini : Mudahnya buat roti jala di rumah-
 Agar-agar milo lapis susu- Agar-agar ni yang sedapnya bukan setakat milo semata, ko tambah serbuk koko atau nescaffe pun sodap beb.Boleh tengok cara buatnya kat sini : Agar-agar Milo Lapi susu
 Aduhai.Bukan sebarang kek coklat tau.Ini Coklat Kek Plus Milo.Nak ambik hati anak-anak memang sesuailah ni.Tambah lagi dengan topping yang melting.Depa dah tak mintak kek indulgence secret recipe dah lepas ni.muehehe.Jom buat : Resepi kek Coklat Milo Yang Moist-
 
 Ini bukan sebarang kek ya.Ini kek gula hangus khas untuk atok n mak tok.kiki.Budak-budak memang tak minat kek ni.Tapi kalau mak n pak mentua ko datang umah, ko buat kek gula hangus ni, sure depa pakat nak dok umah ko terus.Ini kek taste orang tua-Kek Gula Hangus yang menjadi sarangnya-
 
 Yeahh,Roti sardin gulung dengan inti special- Yang ini memang mudah.Tambah lagi kalau ko selalu ada masalah stok roti tak laku dalam rumah.Inilah solutionnya.Mari kita buat secara berjemaah.
Donut kentang lembut dan gebus.Yang ini memang ramai mak-mak suka buat, sama macam saya.Kalau takde kentang, ko boleh juga guna labu, pun sedap juga.Cubalah donut kentang kat sini resepinya : Resepi Donut Kentang yang sedap, lembut dan menjadi gebus
Orait, banyak jugak pilihan kudapan atau minum petang yang kita boleh sediakan sendiri kat rumah kan.Semuanya boleh buat sendiri asalkan ko RAJIN je kan.muehhee.Sebenarnya anak-anak dan suami kita kat rumah ni bukanlah nak makan atau mintak kita sediakan yang bukan-bukan (baca sebagai kuih muih yang viral tu ).Depa cuma nak AIR TANGAN kita je.Tinggal ko sanggup dan rajin ke idak.
Jangan bagi alasan yang ko keje office.Cikgu ni cuti sekolah bolehlah cakap banyak kan.kemain bagi cadangan menu minum petang bagai.Ada benda yang kita boleh buat banyak dan simpan dalam fridge.Atau kita buat frozen.
Kalau tak dapat raikan ahli keluarga makan-makan time minum petang, boleh sediakan waktu pagi atau hujung minggu.Its all is up to you guys:)
Sampai jumpa lagi.Cikgu senang hati boleh bagi cadangan je.Korang pulun buat ya.
Kredit: cikmatahariku

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker