Shahrir Samad dan Shabery jawab ‘superiority complex’ Annuar Musa


Dari FB Shahrir Samad

Entah siapa lah yang SUPERIORITY COMPLEX dan ego tu.

22 bulan sebagai pembangkang, tak de cerita pasal complex atau ego.

8 bulan berjawatan dalam kerajaan, dah timbul complex dan ego.

Sungguh cepat kita boleh berubah!
“I am starting with the man in the mirror
I am asking him to change his ways.”
– Michael Jackson

Dari FB Shabery Cheek

Maaf ya. Biasanya kalau beza sesama sendiri kita hanya bercakap dalam bilik. Oleh kerana 2020 dah nak tutup tirai rasanya nak ikut sama sembang di serambi. Biarlah jiran dengar.

Sejak PRU ke 14 berlaku 12 pilihanraya kecil. 7 darinya BN menang. Walaupun tak ada kuasa. Tak ada sumber. Tak ada aparatus.
Tahun 2018 ada 4 PRK. Semua PH menang. Sg Kandis, Seri Setia, Balakong dan Port Dickson.

Tahun 2019 ada 5 PRK. 4 BN menang dan 1 PH-DAP

BN menang Cameron Highland, Semenyih, Rantau dan Tg Piai. PH menang Sandakan.

Tahun 2020. Ada 3 PRK. Semua BN menang. Kimanis, Chini dan Slim.

Paling klasik di Tg Piai lawan PPBM. Menang lebih 15 ribu majoriti. Begitu juga di Semenyih lawan PPBM yg memerintah.
Sabah kita tak nak bincang di sini. Agak kompleks namun sebagai parti tunggal, Umno lebih banyak di kalangan yg menerajui kerajaan negeri sekarang.

Rakyat sedang memerhatikan kita. Mereka sangat bijak membuat keputusan. Sumber dan aparatus ada peranannya tetapi tidak segalanya. Banyak lagi faktor yang menentukan kepercayaan mereka kepada kita atau sesiapa. Mungkin yang lepas ada kelemahan kita, namun selepas kita mereka mula buat perbandingan.

PH hanya kuat dalam tahun pertama mereka memerintah. Itu tahun “honey moon”. Lepas tu rakyat buat perbandingan. Bila kena sumbat 5 gol berturut2 mereka kucar kacir. Rumah tangga PH runtuh.

Sekarang pun rakyat masih memerhatikan kita. Bukan bagaimana kita gunakan sumber dan aparatus tapi bagaimana kita menjaga amanah untuk berikan yang terbaik untuk mereka. Apa2 pun boleh berlaku.

Nak tawan PRU15? BN perlu kikis sikap ‘aku lebih hebat’, kata Annuar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker