#BotakChallengge Kumpul RM398,000, Syed Saddiq Tersenyum Botakkan Kepala

Terkini di My KMU !!!!---->

 

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah menunaikan janjinya untuk mencukur rambutnya menjadi botak jika sasarannya untuk mengumpulkan sejumlah wang berjumlah RM200,000 tercapai.

Ahli parlimen berusia 28 tahun itu malah melebihi sasarannya dengan mengumpulkan RM383,000 setakat jam 7 malam hari ini.

Dana dari kempen 1 Keluarga 1 Laptop itu akan digunakan untuk menyediakan komputer riba bagi pelajar yang kurang bernasib baik di Muar.

Ibu Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz diberi penghormatan untuk mencukur rambut anaknya yang disiarkan secara langsung di Astro Awani.

“Mama besarkan kamu dengan sapu minyak kelapa hampir setiap hari, sekarang nak botak. Tak apa, untuk rakyat. Bismillah, berjuanglah anakku, untuk rakyat,” katanya.

Pengasas parti Muda itu menjawab: “Jangan bersimpati, ini untuk tujuan yang baik.”

Saddiq turut berjenakan bahawa selepas ini, orang tidak akan memanggilnya Yang Berhormat, tetapi mungkin, Yang Botak.

Mengulas mengenai kempen itu, Saddiq mengatakan esok dia akan menemui keluarga yang memerlukan untuk menghantar sekitar 60 komputer riba kepada mereka.

Menurut Saddiq, ia bukan komputer riba berkualiti rendah.

“Kami memberikan komputer riba berkualiti tinggi dengan pemproses i3 atau i5, jauh lebih baik daripada komputer saya sendiri.

“Oleh itu, para pelajar dapat menggunakannya untuk waktu yang lama. Mereka kemudian boleh memberikan komputer riba kepada adik-beradik atau ibu bapa mereka yang menjalankan perniagaan kecil.

“Memberi komputer riba adalah kaedah terbaik untuk menutup jurang digital,” katanya.

Dia turut berharap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan geran yang setara untuk rakyat Muar.

“Saya harap selepas ini mentor saya Tan Sri Muhyiddin bersimpati dan menambah geran yang setara dengan RM400,000 untuk orang Muar,” katanya.

Pada 26 Disember, Syed Saddiq mengumumkan kempen untuk mengumpulkan RM200,000 dalam masa lima hari. Dia berjaya mengumpulkan RM61,000 dalam masa kurang daripada 24 jam.

“Ini menunjukkan rakyat Malaysia, ketika mereka ingin membantu, mereka hanya melakukannya, walaupun mereka bukan dari Muar.

“Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia dapat melakukan sesuatu yang luar biasa.

“Ini kejayaan mereka, bukan milik saya. Saya hanya kenderaan untuk inspirasi mereka,” katanya.

Leave a Reply