Undang Mahathir? Jika Mahathir Sanggup Tolak Agenda Peribadi Dan Tunduk Pada Prinsip PH – Anwar Ibrahim
Pakatan Harapan (PH) boleh mengundang sesiapa saja untuk bekerjasama termasuk bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad asalkan berpegang pada prinsip gabungan itu.
Pengerusi PH, Anwar Ibrahim, berkata pihak yang diundang tidak boleh membawa agenda peribadi serta kerosakan.
“Itu saya serah pada PH. Siapa pun boleh undang, tapi patuh pada prinsipnya.
“Bukan bawa agenda peribadi dan merneruskan kebobrokan yang lama,” katanya ketika ditemui selepas majlis peluncuran buku “100 Esei Seni & Sastera Era Reformasi 2008-2011”, di Shah Alam, hari ini.