Kita mahu laksanakan PKP tapi impak ekonomi terlalu tinggi – Dr Noor Hisham

PKPB berjaya kekang penularan Covid-19: Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berjaya mengekang penularan Covid-19 di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, tanpa pelaksanaan PKPB, dijangkakan kira-kira empat juta rakyat Malaysia dijangkiti virus berkenaan.

“Hari ini kita lihat lebih kurang 106,000 kes sahaja dilaporkan,” katanya pada sidang media perkembangan harian Covid-19 di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan pengalaman negara, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih berjaya dari segi kesihatan, namun memberikan impak yang sangat tinggi terhadap ekonomi.

“Ketika gelombang ketiga ini, Kementerian Kesihatan hendak melaksanakan PKP, namun disebabkan impak ekonomi yang tinggi, kita laksanakan PKPB,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengulangi ingatannya kepada rakyat agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan jangkitan Covid-19 terkawal dan seterusnya memutuskan sepenuhnya rantaian penularan.

Katanya, beliau yakin jika rakyat kekal patuh SOP, jumlah kes positif harian di negara ini dapat diturunkan dalam tempoh tiga minggu akan datang. Bernama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker