India temui enam varian koronavirus baharu daripada penumpang dari UK

India menemui enam individu yang pulang dari Britain baru-baru ini dijangkiti varian koronavirus yang lebih cepat berjangkit yang mencetuskan panik dan penutupan sempadan di seluruh dunia.

Kesemua enam pesakit itu telah diasingkan, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan sambil menambah rakan pengembara terbabit kini sedang dijejaki.

“Kontak rapat juga telah dikuarantin,” kata kementerian itu.

India telah menggantung semua penerbangan dari Britain sehingga akhir bulan ini namun kira-kira 33,000 penumpang memasuki negara itu pada akhir blan lalu sebelum larangan tersebut dilaksanakan, kata kementerian itu.

Daripada jumlah mereka yang tiba, seramai 114 orang didapati positif Covid-19 dan sampel diambil bangi mengenalpasti jika terdapat varian baharu yang dikesan di Eropah dan Asia, ujarnya.

India merekodkan 16,432 kes baharu pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 10.22 juta kes dan 148,153 kes kematian.

Negara tersebut mencatatkan jumlah kes kedua tertinggi dunia selepas Amerika Syarikat.

Pihak berkuasa kesihatan dijangka memulakan pemberian vaksin kepada 300 juta penduduk pada awal blan depan. MG

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker