[VIDEO] CEO TH Properties Disiasat Keluar Kata Kata Kesat

Siasatan dalaman secara terperinci telah dijalankan berhubung sebuah video yang tular melibatkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), TH Properties Sdn. Bhd. (TH Properties), Damanhuri Mahmod mengeluarkan kata-kata kesat sewaktu dalam mesyuarat syarikat itu baru-baru ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, beliau sudah menonton video itu dan pihak TH Properties juga telah mengeluarkan kenyataan mengesahkan bahawa video itu adalah benar.

“Gambaran video yang tular itu tiada kaitan dengan syarikat berkenaan, sebaliknya ia merupakan kesalahan peribadi individu itu.

“CEO syarikat juga telah memohon maaf atas ketelanjuran percakapan sewaktu sesi mesyuarat yang diadakan secara tertutup. Kita juga tidak tahu bagaimana video itu boleh bocor kepada umum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu Majlis Berkhatan Perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang dalam Parlimen Pengkalan Chepa di Dewan Pasti Kedai Buluh di sini hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi hampir tiga minit sejak kelmarin yang memaparkan Damanhuri mengeluarkan pelbagai kata-kata kesat dan kurang sopan sewaktu dalam sesi mesyuarat.

VIDEO DIBAWAH:-

 

TH Properties dalam satu kenyataan semalam menyatakan bahawa kesal dengan pengambilan dan penyebaran video mesyuarat yang hanya melibatkan kakitangan pengurusan terpilih. K Online

Shahril sebut ‘yes’ selepas dijatuhi hukuman penjara hina Agong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker