Muafakat Nasional Selangor atur strategi kukuhkan kerjasama

Muafakat Nasonal (MN) Selangor bertekad memperkukuhkan kerjasama antara UMNO dan Pas dengan menjadikan perpaduan ummah sebagai platform yang utama.

Menurut Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, demi merangka strategi ke arah memperkukuhkan kerjasama, kesedaran dari pihak pimpinan Selangor amat diperlukan demi bagi meyakinkan ahli-ahli PAS dan UMNO di negeri itu.

“Semoga kepelbagaian kaum dan penganut agama terus memberikan sokongan usaha yang bersungguh ini. Yang lebih penting, Muafakat Nasional Selangor mahu pimpinan di setiap peringkat akan terus lebih kenal siapa kawan dan lawan dalam berpolitik,” katanya.

Menerusi Facebook akaun Pas Selangor, parti itu dan UMNO mengadakan pertemuan pada malam tadi.



Kelihatan hadir Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar selain Yunus.

Pertemuan itu kata Noh Omar adalah untuk memperkukuhkan gerak kerja Muafakat Nasional Selangor. MG

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker