Ku Li menegur atau menyerang Zahid?

Mengejutkan apabila Ku Li tiba-tiba di lihat ‘menyerang secara terbuka’ betapa beliau malu terhadap tindakan Presiden parti UMNO dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang bersetuju untuk menjadi ahli Majlis Mesyuarat Presiden Pakatan Nasional di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin yang juga Perdana Menteri pilihan ahli parlimen bagi menggantikan Mahathir yang meletakkan jawatan.

UMNO seolah-olah masih belum pulih sepenuhnya dari ‘kecederaan’ selepas kalah di pilihanraya ke 14 yang lalu. Wujud budaya baharu di dalam kepimpinan UMNO, membuat kenyataan terbuka di media termasuk media sosial samada menggunakan akaun milik peribadi atau berita atas talian dari pelbagai portal atau pun laman sesawang yang popular dan yang baru muncul di persada maya.

Samada pemimpin tersebut berjawatan dalam hiraki parti, ahli bawahan dan rakyat amnya sedang melihat gelagat yang agak menjengkelkan ini. Ku Li, siapa tidak kenal? Kalau tidak silap penulis, beliau adalah wakil rakyat parlimen paling lama berkhidmat di negara kita dan jawatan di dalam parti yang terkini adalah Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO.



Mungkin ianya bukan serangan tetapi lebih kepada nasihat kepada sang Presiden parti namun reaksi Ku Li yang sepatutnya mengambil sudut ketertiban sebagai pengerusi jemaah penasihat parti. Tindakan tersebut dilihat tidak matang. Ku Li bukan sahaja boleh memanggil mesyuarat khusus untuk minta penjelasan dari Zahid, apa keperluan presiden UMNO berada bersama majlis tersebut sedangkan UMNO bukan berada di dalam komponen Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin.

Tetapi Ku Li mesti ingat, dia muncul bersama Mahathir di hadapan media baru-baru ini kononnya atas dasar menentang bajet 2021 dan juga menyatakan tidak menyokong kepimpinan Muhyiddin telah memperlihatkan yang beliau sendiri tidak konsisten terhadap sokongan kepada Mahathir selama ini. Di hadapan media beliau sendiri pernah beberapa kali menyatakan bahawa beliau tidak akan bekerjasama dengan Mahathir, akan lawan Mahathir sejak Mahathir tidak lagi bersama UMNO. Sekarang lidah Ku Li mula berbelit, bercakap tidak serupa bikin.

Tidak susah untuk bertanya sendiri Zahid, apa keperluan ‘mengadap’ Muhyiddin dari membuat kenyataan terbuka seperti hari ni. Ku Li orang lama, banyak pengalaman dan UMNO parti yang terbesar bagi orang Melayu dan terkenal dengan susunan berstrukturnya sepatutnya menunjukkan tahap kematangan yang tinggi bila membuat sesuatu tindakan.

PRU15 sudah tidak lama, bangkit dan sedarlah. Rakyat perlu dibela dengan segera.



Nurul Aisyah

My-TV.OnLine

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker