Kenapa polis bagi layanan berbeza kepada Najib dan Guan Eng
Oleh Mohd Puad Zarkashi
Polis hari ini menangguhkan hingga ke tahun hadapan tarikh untuk mengambil keterangan daripada Lim Guan Eng. Ia sepatutnya esok iaitu sehari sebelum hari Krismas
TS Hamid Bador Ketua Polis Negara turut minta maaf bahkan mengucapkan selamat menyambut hari natal kepada Lim Guan Eng.
Lim Guan Eng sebelum ini membuat posting di media sosial bahawa dia dapat hadiah hari Krismas kerana akan dipanggil ke Bukit Aman untuk beri keterangan.
Soalnya kenapa Najib diberi layanan yang berbeza. Pada 17 Mei 2018 iaitu “Hari pertama Ramadhan”, sebanyak 15 kenderaan polis menyerbu kediaman Najib di Jalan Langgak.
Ketika itu Najib baru sahaja balik daripada solat tarawih. Operasi itu berlangsung sampai subuh. Najib dan isterinya terpaksa tidur di atas sofa.
Polis turut geledah rumah Allahyarhamah Tun Rahah bonda Najib di Jalan Eaton. Syilling rumahnya turut dipecah.
Itulah detik, tiadanya nilai kemanusiaan pada kerajaan PH. PDRM diguna oleh Tun M untuk menghapuskan Najib.
Hingga ke hari ini, barang barang itu tidak dipulangkan. Tiada pendakwaan. Tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Tiada bukti barang barang hadiah daripada pemimpin luar negara itu dibeli menggunakan duit 1MDB
Najib melawan kezaliman itu dengan fakta melalui media sosial. Tanpa rusuhan. Tanpa demonstrasi jalanan.
Akhirnya Kerajaan PH tumbang hanya setelah 22 bulan memerintah. Tun M sendiri hilang jawatan PM dengan cara yang hina.
Apakah kezaliman dan ketidakadilan itu diteruskan hingga ke hari ini. Pokonya Najib terus membela rakyat dengan fakta dan hati nurani yang murni.
Semoga roh Tun Rahah dirahmati Allah. Insyaallah dia memaafkan kezaliman oleh mereka yang zalim.
Polis tangguh siasatan, Ketua Polis Negara minta maaf, kata Guan Eng
You must be logged in to post a comment.