ASNB umum agihan pendapatan terendah dalam sejarah


Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 4.25 sen seunit dan bonus 0.75 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

Pengumuman berkenaan dibuat Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Zeti Aziz di ibu negara, hari ini.

Agihan pendapatan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM7.6 bilion kepada 10.2 juta pemegang unit amanah berkenaan.

Pendapatan itu dianggap sebagai pulangan terendah dalam sejarah dana tetap itu.



Tahun lalu, ASNB mengagihkan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit.

Manakala pada 2018, pendapatan ASB dicatatkan 6.50 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit.

Dalam masa yang sama, Zeti berkata walaupun persekitaran ekonomi berdepan cabaran susulan pandemik COVID-19, aset pengurusan PNB meningkat dari RM312 bilion kepada RM320 bilion, sementara unit dalam edaran meningkat 3.4 peratus.

Pengumuman pertama kali dibuat secara maya sebentar tadi.



Ia sekali gus menyaksikan agihan pendapatan rendah berbanding 5.50 sen seunit tahun lalu yang juga pembayaran pengagihan terendah sejak ASB diperkenalkan pada 1990.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker