Saya tidak takut Mahathir – Shafie

Saya tidak takut Mahathir berhubung hak minyak Sabah, kata Shafie

KOTA KINABALU: Presiden Warisan, Shafie Apdal hari ini sekali lagi menafikan kerajaan pimpinannya takut dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berhubung tuntutan hak minyak dan gas.

Katanya, sejak mengambil alih kerajaan negeri pada 2018, Warisan Plus telah merangka dan menyusun langkah bagi memperjuangkan isu berkenaan yang didakwa tidak pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum itu..

”Hari ini seperti dibentangkan menteri kewangan, hasil Sabah dianggarkan meningkat daripada cukai petroleum yang ada, iaitu RM1.2 bilion dan ini adalah kerangka yang kita susun atur sewaktu pemerintahan Warisan dulu.

”Usaha ini belum pernah berlaku sebelum atau selepas Merdeka, iaitu mengenakan cukai jualan kepada syarikat petroleum sebanyak 5%.

“(Langkah menetapkan cukai jualan) itu bukan bererti saya takut dengan bekas perdana menteri Tun Mahathir, tidak,” katanya dalam ucapan perbahasan Belanjawan 2021 Sabah di Dewan Undangan Negeri (DUN, hari ini.

Terdahulu Timbalan Ketua Menteri Sarawak, James Masing mendakwa kerajaan Sabah pimpinan Warisan sebelum ini tidak menuntut hak minyak dan gas daripada Putrajaya kerana mereka takut kepada Mahathir.

Kenyataannya menyusul kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Jeffrey Kitingan yang berkata, Sabah akan memeterai perjanjian komersial dengan Petronas, seperti yang dilakukan Sarawak.

Masing berkata, Sarawak sebenarnya sudah mendekati kerajaan Sabah di bawah pimpinan Warisan untuk bersama-sama menyaman Petronas berhubung cukai jualan 5% ke atas produk petroleum, tetapi ditolak oleh “seorang menterinya”, yang dilihat merujuk kepada Shafie. FMT

https://mykmu.net/2017/07/23/tiada-siapa-yang-takut-pada-orang-tua-cuma/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker