Muhyiddin tawar jadi individu pertama terima suntikan vaksin COVID-19

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menawarkan diri untuk menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin COVID-19.

Perdana Menteri berkata, ia bagi meyakinkan rakyat bahawa vaksin COVID-19 diperoleh itu adalah selamat dan berkesan.

“Ini akan diikuti dengan petugas barisan hadapan, sebelum diberikan kepada kumpulan sasar iaitu kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, mereka yang menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) dan penyakit saluran pernafasan kronik,” katanya dalam perutusan khas di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin sekali lagi mengajak semua pihak bersama-sama menghayati dan membudayakan norma baharu dalam menjalani kehidupan seharian walaupun selepas menerima bekalan dan suntikan vaksin.

“Kita perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu kerana virus ini telah pun berada di dalam komuniti.

“Patuhi SOP (prosedur operasi standard) ditetapkan dan amalkan kebiasaan mencuci tangan menggunakan sabun dengan lebih kerap atau gunakan pencuci tangan (hand sanitizer) jika tiada punca air berdekatan, pakai pelitup muka dengan betul ketika berada di tempat awam dan jaga jarak fizikal dengan orang di sekeliling.

“Insya-Allah, kita mampu menghadapi cabaran ini bersama,” katanya. BH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker