Keputusan permohonan speaker batal saman Dr M pada 30 Dis

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 30 Dis untuk menyampaikan keputusan berhubung permohonan Azhar Azizan Harun bagi membatalkan saman Dr Mahathir Mohamad, yang sebelum ini mencabar pelantikannya sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Peguam bekas perdana menteri itu, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata mahkamah hari ini telah menghubungi pihak-pihak terbabit mengenai perubahan tarikh.

“Tarikh baru untuk keputusan permohonan pembatalan adalah pada 30 Dis 2020 jam 10 pagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Tarikh (30 Dis) dipersetujui oleh semua pihak,” kata peguam itu ketika dihubungi hari ini.



Sebelum ini Mahkamah Tinggi menetapkan 18 Januari tahun depan untuk menyampaikan keputusan berhubung permohonan Azhar dan tiga defendan lain bagi membatalkan saman untuk menyingkirkan mereka daripada jawatan masing-masing.

Tiga defendan lain ialah timbalan speaker – Azalina Othman Said dan Mohd Rashid Hasnon – dan setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin.

Saman tersebut antara lain bagi mencabar pelantikan Azhar dan Azalina sebagai speaker dan timbalan speaker, namun tidak mencabar kesahihan jawatan Rashid sebagai timbalan speaker.

Pada 23 Julai, plaintif yang terdiri daripada Mahathir (Langkawi), Mukhriz Mahathir (Jerlun), Maszlee Malik (Simpang Renggam), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), dan Shahruddin Md Salleh (Sri Gading) memfailkan saman pemula.



Kelima-lima plaintif menuntut pengisytiharan mahkamah bahawa pelantikan Azhar dan Azalina tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Dewan Rakyat.

Mereka juga meminta pengisytiharan mahkamah bahawa berikutan kekosongan jawatan speaker yang sebelumnya disandang oleh Mohamad Ariff Md Yusof, semua anggota parlimen mesti diberi peluang untuk mencari calon bagi jawatan tersebut.

Kelima-lima plaintif juga mahukan pengisytiharan bahawa jawatan speaker dan timbalan speaker Dewan Rakyat masih kosong sejak 13 Julai. Mk



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker