Baiki pasar tapi abaikan bahagian jualan babi, dakwa MP

Gambar Hiasan

Anggota parlimen Wangsa Maju Tan Yee Kew mendakwa kerja-kerja penambahbaikan pasar di Pasar Jalan Genting Klang telah mengabaikan bahagian jualan daging babi.

“Bahagian babi ini telah didiskrisminasi dalam kerja-kerja pengubahsuaian.

“Walaupun satu insiden yang kecil, ia mesti dipandang serius bagi mengelakkan salah faham berterusan dan orang ramai hilang rasa percaya mereka,” katanya.

Bercakap kepada Malaysiakini, Tan menuntut penjelasan datuk bandar Kuala Lumpur dan Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkaitan perkara itu.

Tan berkata pasar lebih 15 tahun ini perlu dibaik pulih antaranya kerana berlaku kerosakan atap dan lampu yang tidak berfungsi.

“Sekarang pasar ini sudah ada bumbung baru, dinding dicat baru, siling dan lampu rosak pun sudah ditukar.

“Tetapi bahagian babi masih dalam keadaan menyedihkan, dengan atap dan talang bocor, siling pecah berdebu dan penuh dengan sarang labah-labah, dan banyak lampu siling tidak berfungsi,” katanya.

Katanya telah banyak peringatan diberikan kepada datuk bandar dan Annuar berkaitan masalah itu.

Sementara itu, seorang peniaga babi yang hanya mahu dikenali sebagai Yee berkata mereka terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan ringkas seperti memasang lampu.

“Kami tak boleh meniaga jika hujan turun dan air menitis daripada bumbung dan talang,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker