PBT diarah patuh arahan kerajaan ambil tindakan tegas terhadap pub, kelab malam – Ismail Sabri

AYER KEROH: Kerajaan mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan lebih tegas terhadap pengusaha pub dan kelab malam yang berdegil menjalankan operasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana kesalahan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) membabitkan pusat hiburan itu direkodkan hampir setiap hari.

“Ambil tindakan yang keras… batalkan lesen dan sebagainya… senarai hitam mereka ini supaya walaupun PKPP sudah tamat, jangan benarkan mereka beroperasi.

“Kuasa ini adalah kuasa di negeri… kuasa sebenar terletak kepada (PBT) daerah-daerah.

“Saya harap majlis daerah, majlis perbandaran, majlis bandaraya… patuhlah kepda saranan yang dibuat oleh kerajaan Persekutuan… ini SOP yang telahpun ditetapkan,” katanya.

Polis sahkan cucu Mahathir antara yang ditahan di pub

Beliau ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF) kali ke-27 di Ayer Keroh hari ini.

Mengulas lanjut ujarnya, kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah memutuskan supaya tindakan lebih keras diambil termasuk membatalkan serta menyenaraihitamkan lesen perniagaan pusat hiburan yang terus berdegil.

Ujarnya, beliau sudah berbincang dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk memantau dan bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi mengarahkan PBT bertindak lebih tegas berbanding sebelum ini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker