Polis sahkan cucu Mahathir antara yang ditahan di pub

Polis Sahkan, Cucu Mahathir Antara Yang Di Tahan Di Sebuah Pub.

Kuala Lumpur – Polis Diraja Malaysia (PDRm) mengesahkan cucu Tun Dr Mahathir Mohamad ditahan sebuah permis hiburan di ibu kota, Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Hj Mazlan Lazim melalui satu kenyataan malam tadi berkata selain pekerja permis seramai 29 pengujung turut di tahan kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Polis Kuala Lumpur telah terkesan isu yang ditularkan di media sosial berkaitan tangkapan anak seorang VIP yang didakwa telah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tetapi terlepas daripada tindakan pihak Polis.

“Pada 22 Ogos 2020, jam lebih kurang 1.20 pagi, pihak Polis telah menjalankan serbuan di sebuah pub yang terletak di Jalan Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.

“Hasil pemeriksaan, pihak Polis telah menahan (1) lelaki India berumur 37 tahun dipercayai merupakan Pengurus Premis, (1) lelaki warganegara Bangladesh dan (3) wanita warganegara Filipina yang disyaki merupakan pekerja di premis berkenaan.

“Siasatan lanjut mendapati premis tersebut dibuka tanpa lesen perniagaan yang sah di sisi undang-undang. Selain itu, pihak Polis turut menahan (20) lelaki dan (9) wanita warganegara Malaysia yang dipercayai pengunjung premis dan telah berada di premis tersebut melebihi had masa yang dibenarkan dalam tempoh PKPP,” memetik kenyataan tersebut.

Menurut Mazlan semua pengungjung yang di tahan di kenakan kompuan sebanyak RM1,000.

“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 bagi kesalahan pemilik premis menggaji warganegara asing dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Seksyen 76 Akta Eksais 1976 dan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)(no.7) 2020.

”Keempat-empat suspek warganegara asing yang berumur dalam lingkungan 33 hingga 52 tahun ditahan reman selama 14 hari bermula pada 22 Ogos 2020 sehingga 4 Sep 2020 bagi siasatan lanjut.

“Manakala, (29) orang warganegara Malaysia berumur dalam lingkungan 21 hingga 48 tahun dikenakan kompaun RM1000.00 setiap seorang,” katanya lagi.

Awal petang tadi, SuaraTV melaporkan polis menahan Meera Alyanna Mukhriz, 25 di tahan kerana melanggar PKPP.

Klik: Cucu Mahathir Di Tangkap Langgar PKPP, Mabuk

Menurut sumber, Meera yang juga merupakan anak kepada bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berada di dalam keadaan mabuk ketika di tahan. – SuaraTV

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker