MP persoal menteri pakai pelindung tanpa pelitup muka

Anggota Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mempersoalkan apakah tindakan akan diambil terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin kerana memakai pelindung muka tanpa pelitup muka.

Ini selepas Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob semalam memberitahu bahawa pihak berkuasa boleh mengambil tindakan terhadap sesiapa yang memakai pelindung muka tanpa pelitup muka.

Pengecualian hanya diberikan kepada pelajar sekolah.

“Adakah Zuraida akan dikenakan tindakan?” ciap Fahmi di Twitter.

Dia turut menanda Ismail dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam ciapan tersebut.

Ciapan itu disertakan dengan gambar Zuraida yang memakai pelindung muka tanpa pelitup muka pada satu majlis di Kuala Ampang hari ini.

Kuala Ampang berada di bawah Hulu Kelang dalam daerah Gombak dan bukan dalam zon merah Covid-19.

Semakan di Twitter mendapati Zuraida sering dilihat memakai pelindung muka tanpa pelitup muka ketika menghadiri sesuatu acara.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Zuraida berkata dia dimaklumkan oleh polis bahawa Kuala Ampang bukan berada dalam zon merah.

“Polis mengantar saya ke acara itu, mereka sedar pergerakan saya.

“Tidak ada masalah, kami telah mengikuti SOP,” katanya kepada Malaysiakini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini berkata pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal terbukti berkesan dalam membendung wabak Covid-19. Mk

Rais persoal AG berhubung keputusan Agong?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker