Tun Rahah Diberi Penghormatan Istiadat Pengebumian Negara Esok -PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan takziah di atas pemergian Tun Hajah Rahah Tan Sri Mohd Noah, balu bekas perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein.

Beliau turut mengumumkan, Allahyarhamah akan diberi penghormatan dalam Istiadat Pengebumian Negara dan akan jenazahnya disemadikan di Makam Pahlawan.

“Kerajaan telah memutuskan supaya Allahyarhamah Tun Hajjah Rahah binti Tan Sri Haji Mohd Noah diberi penghormatan “Istiadat Pengebumian Negara” dan jenazah akan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara pada 19 Disember 2020 bersamaan dengan 4 Jamadilawal 1442H,” katanya dalam satu kenyataan.



Antara negarawan yang turut dimakamkan di sini ialah Allahyarham Tun Abdul Razak sendiri; bekas timbalan perdana menteri, Tun Dr Ismail Abdul Rahman; bekas perdana menteri, Allahyarham Tun Hussien Onn, dan isterinya Tun Suhailah Mohamad Noah serta bekas timbalan perdana menteri, Tun Abdul Ghafar Baba.

Tun Rahah meninggal dunia sekitar jam 4.45 petang, Jumaat (18 Disember) di Pusat Perubatan Prince Court di ibu negara.-BERNAMA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker