Alibaba China ‘kecewa’ perisian pengenalan wajah Uighur

SHANGHAI: Gergasi teknologi China, Alibaba berusaha untuk tidak dikaitkan dengan ciri perisian pengenalan wajah yang dirancang unit pengkomputeran awan syarikat itu, yang dapat membantu pengguna mengenal pasti minoriti Islam Uighur di negara itu.

Satu laporan pada minggu ini mendedahkan ciri perisian itu menjadikan Alibaba, syarikat yang paling bernilai di dunia, sebagai entiti korporat terbaharu yang terbabit dalam kontroversi mengenai layanan terhadap kaum Uighur.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam talian pada Khamis, Alibaba berkata, ia “kecewa apabila mengetahui” bahawa Alibaba Cloud membangunkan ciri berkenaan.

Alibaba berkata, teknologi itu hanya digunakan untuk ujian kemampuan dan tidak digunakan oleh mana-mana pelanggan, selain sudah “membuang sebarang label etnik” dalam produknya.

Penjara di China umpama neraka – Etnik Uighur

“Kami tidak dan tidak akan membenarkan teknologi kami digunakan untuk menyasarkan atau mengenal pasti kumpulan etnik tertentu,” katanya.

Isu Uighur menjadi ancaman yang membimbangkan bagi syarikat China berikutan kritikan dunia yang semakin meningkat terhadap dasar Beijing di wilayah barat laut Xinjiang.

Kumpulan hak asasi menyatakan, seramai sejuta orang Uighur dan minoriti Islam lain ditahan di kem tahanan di situ.

Beijing pada mulanya menafikan kewujudan kem itu, namun kini menamakannya sebagai pusat latihan kemahiran yang menawarkan alternatif kepada pelampau agama.

Uighur di China, orang Islam yang berasal dari Turki, sudah berpuluh-puluh tahun berada dalam kawalan China, kemarahan yang lama kelamaan meletus sehingga membawa kepada keganasan

Jack Ma tinggalkan Alibaba hari ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker