Gandalf terima suntikan vaksin COVID-19

Pelakon veteran Sir Ian McKellen, 81, menjadi selebriti terkini yang mendedahkan kepada umum tentang keputusan menerima suntikan vaksin COVID-19, lapor portal berita BBC.

Pemegang watak Gandalf dalam filem Lord of The Rings dan Magneto dalam X-Men itu berkata dia berasa sangat teruja menerima vaksin tersebut di Hospital Queen Mary, di London.

“Sesiapa yang telah hidup lama seperti saya ini masih terus dapat hidup kerana pernah mengambil vaksin-vaksin lain sebelum ini,” ujarnya.

McKellen berkata, dia menyifatkan hari tersebut sangat istimewa kerana menerima vaksinasi yang tidak menyakitkan dan daripada Dr Phil Bennett-Richards.

“Saya tidak teragak-agak untuk mengesyorkannya kepada orang lain,” tambahnya yang menganggap dirinya sangat bertuah.

Para petugas kesihatan, warga tua dan penghuni rumah jagaan adalah antara yang terawal untuk menerima vaksin itu di United Kingdom.

Mereka yang mendapat suntikan vaksin Pfizer akan turut diberikan suntikan susulan 21 hari selepas dos pertama. Awani

Leave a Reply