Pasaran ASEAN dijangka hilang RM1.62 trilion akibat pandemik Covid-19
Pasaran ASEAN diunjurkan kehilangan AS$400 bilion (RM1.62 trilion) daripada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk tahun 2020 dan 2021 akibat pandemik, berdasarkan laporan ASEAN Insurance Pulse 2020.
Menurut laporan tahunan yang dikeluarkan Malaysian Reinsurance Bhd. (Malaysian Re) itu, kerajaan di negara ASEAN telah melaksanakan pelaburan dan mengambil langkah dasar bernilai lebih AS$427 bilion (RM1.73 trilion) untuk menyokong ekonomi serta mengimbangi kerugian berkenaan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Re, Zainudin Ishak berkata, syarikat insurans turut melakukan usaha meluas untuk mengatasi impak Covid-19 dan pelbagai langkah kawalan yang dilaksanakan di seluruh rantau ini.
Jelasnya, persatuan, syarikat insurans dan pihak berkuasa telah menubuhkan dana ujian Covid-19 secara sukarela dan terus memberikan perlindungan ketika pemegang polisi terpaksa menunda bayaran premium mereka.
“Selain memberi persepsi positif kepada industri secara keseluruhan, syarikat insurans ASEAN turut memperlihatkan daya tahan dengan penyata imbangan kukuh serta terus memberi perkhidmatan secara digital sepanjang krisis,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
Laporan ASEAN Insurance Pulse 2020 meneroka kesan pandemik Covid-19 terhadap ekonomi di rantau ini dan pasaran insurans, menerusi wawancara bersama para eksekutif daripada 30 syarikat insurans serantau dan antarabangsa, perantara, pembuat polisi dan persatuan perdagangan.
Ia menyelami denyut nadi eksekutif syarikat insurans di rantau ini tentang bagaimana pandemik membentuk pasaran mereka, langkah mitigatif yang diambil pengawal selia ketika krisis dan bagaimana wabak itu mengubah asas industri.
Menurut Zainudin, penerbitan tersebut mencerminkan sokongan berterusan pihaknya terhadap komuniti ekonomi ASEAN dan pemegang taruh insurans serantau pada saat-saat sukar
Pelabur tarik dana keluar : Malaysia tempat pertama di Asean
You must be logged in to post a comment.