Pelabur tarik dana keluar : Malaysia tempat pertama di Asean

Share

Media melaporkan bahawa jumlah nilai dana asing yang ditarik keluar dari pasaran saham Malaysia setakat tahun 2019 ini sudah mencecah RM9.17 bilion.

Namun, ini masih rendah berbaning nilai RM11.69 bilion yang dikeluarkan oleh pelabur asing pada tahun lepas.

Malaysia sedang duduk di tempat pertama antara negara-negara ASEAN sebagai negara yang paling tinggi aliran keluar bersih dana asing.


Setelah 18 bulan PH memerintah, pelabur-pelabur asing masih menarik keluar pelaburan mereka hampir setiap minggu.

Tahun 2017 masa BN pula, pelabur-pelabur asing membawa masuk RM10.33 bilion ke Bursa Malaysia.

Ini bukan Najib yang kata. Ini data dari hasil penyelidikan syarikat kewangan MIDF Research dengan memetik data rasmi Bursa Malaysia.
https://www.theedgemarkets.com/article/foreign-selling-slowed-rm1872m-last-week-says-midf-research


Saya pelik kenapa pelabur-pelabur asing berebut-rebut melabur di Malaysia “lama” masa BN yang didakwa sudah gagal dan bankrap tetapi mereka asyik tarik keluar pelaburan mereka sepanjang tempoh zaman “Malaysia Bharu” ini yang digelar oleh PH sebagai bersih dan telah diselamatkan.

Dari FB Najib Razak.

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!