Sultan Perak perkenan terima menghadap Hadi Awang esok



Sebaran :

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah perkenan terima menghadap Presiden PAS, Abdul Hadi Awang di Istana Kinta, Ipoh esok, kata Ahli Dewan Negara Perak Annuar Zaini.

Menurut laporan Bernama, majlis menghadap itu dijadualkan pada jam 11 pagi.

Semalam , semasa sidang media di Kuala Lumpur, Abdul Hadi, memaklumkan yang permohonannya untuk menghadap Sultan Perak telah diperkenan baginda.



Dia bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh tersebut.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan Presiden PAS memohon menghadap Sultan Nazrin Shah, namun sumber yang rapat dengan istana memberitahu belum ada tarikh ditetapkan.

Abdul Hadi pada Sabtu lalu dilaporkan mengirim sepucuk surat ke istana untuk memohon menghadap Sultan Nazrin.



Surat yang turut dilihat oleh Malaysiakini itu menyatakan niatnya untuk memberitahu sultan mengenai “situasi politik yang melibatkan PAS”.

Ia berlaku setelah Adun PAS Perak tidak hadir pada sesi menghadap yang dijadualkan dengan baginda pada Selasa lalu di tengah ketidaktentuan politik mengenai calon menteri besar yang baru.

Laman web berita The Vibes memetik sumber dekat dengan Abdul Hadi dipetik sebagai berkata ahli parlimen Marang itu memohon menghadap untuk “memohon pengampunan”.



PAS sebelum ini menjelaskan bahawa ia memutuskan untuk “menangguhkan” menghadap Sultan Nazrin kerana kepemimpinan pusat parti itu belum memutuskan sokongannya terhadap Adun Kota Tampan, Saarani Mohammad sebagai menteri besar Perak yang baru.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata isu politik Perak telah selesai selepas Saarani mengangkat sumpah sebagai menteri besar Perak yang baru.

Setakat ini lima exco kerajaan negeri telah pun dilantik dan tidak ada seorang pun dari PAS berbanding parti itu yang mempunyai seorang exco dalam kerajaan negeri sebelum ini. Mk



Menghadap Sultan Perak, Presiden PAS masih menunggu perkenan Tuanku


Sebaran :


Leave a Reply