Covid-19 : 1371 kes baru hari ini dengan 4 kematian

Kementerian Kesihatan melaporkan 1,371 kes baru dalam tempoh 24 jam lalu, sementara 1,204 kes pulih.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu sebanyak 1,370 kes adalah penularan tempatan manakala bakinya adalah kes import.

KKM maklumkan terdapat pertambahan empat kes kematian, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 419 kes.

Status Terkini #COVID19, 14 Dis 2020



Kes sembuh=1,204
Jumlah kes sembuh=70,597 kes
Kes baharu positif=1,371 kes (1,370 tempatan, 1 import)
Jumlah positif=84,846 kes
Kes kematian=4
Jumlah kes kematian=419 kes
Kes dirawat di ICU=114 kes
Bantuan Alat Pernafasan=62 kes

Pecahan kes baharu (1,371)



Selangor
303 kluster sedia ada
8 kluster baharu (Solar Ria)
109 kontak rapat
111 lain-lain saringan
1 import

Sabah
65 kluster sedia ada
155 saringan kontak rapat
63 lain-lain saringan

N.Sembilan
252 kluster sedia ada
1 saringan kontak rapat
7 lain-lain saringan

KL
71 kluster sedia ada
5 kluster baharu (Senu Setia)
33 lain-lain saringan



Perak
58 kluster sedia ada
4 lain-lain saringan

Johor
17 kluster sedia ada
18 saringan kontak rapat
10 lain-lain saringan

P.Pinang
3 kluster sedia ada
19 saringan kontak rapat
9 lain-lain saringan

Labuan
8 kluster sedia ada
8 lain-lain saringan



Terengganu
9 kluster sedia ada

Kedah
4 saringan kontak rapat
1 lain-lain saringan

Kelantan
2 lain-lain saringan

Melaka
1 saringan kontak rapat



Putrajaya
1 lain-lain saringan

Kementerian Kesihatan mengenalpasti dua kluster baharu iaitu Solar Ria di Selangor dan Senu Setia di Kuala Lumpur.

Perkembangan ini ketika dua kluster lain tamat hari ini, iaitu Benteng LD di Sabah dan Greenhill di Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Solar Ria dan Senu Setia berkait rapat dengan tempat kerja.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker