i-sinar KWSP dan Moratorium: Pemuda UMNO kumpul aduan rakyat untuk diserah kepada MOF



Sebaran :

Setelah Menteri Kewangan berjanji dalam penggulungan belanjawan 2021 untuk memenuhi tuntutan BN bagi pengeluaran dari Akaun 1 KWSP dan lanjutan Moratorium pinjaman secara automatik, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah menyediakan dua hotline bagi memantau aduan rakyat mengenai perlaksanaannya.

Sejak dilancarkan, kami telah menerima lebih 2,000 keluhan, rintihan dan aduan rakyat dari pelbagai medium, baik di media sosial seperti facebook dan twitter, whatsapp dan panggilan telefon.

Walaupun skim i-Sinar telah ditambahbaik beberapa kali, pendirian PEMUDA UMNO ialah kriteria/syarat yang ditetapkan untuk permohonan di bawah kategori 2 adalah tidak adil dan tidak wajar.



PEMUDA UMNO tegas bahawa kriteria/syarat ini haruslah dimansuhkan sepenuhnya supaya ahli KWSP yang berada dalam kesusahan dan memerlukan akses kepada simpanan mereka dibenarkan untuk membuat pengeluaran sehingga RM10,000 dalam tempoh masa yang paling singkat.

Demikian juga perihal Moratorium, setelah menerima beberapa laporan daripada mereka yang pernah memohon bank untuk memberi lanjutan moratorium pinjaman, PEMUDA UMNO pecaya bahawa terdapat bank-bank tertentu yang tidak mematuhi apa yang dijanjikan Menteri Kewangan.

Antara aduan yang diterima daripda orang awam termasuklah bank tidak memberi jawapan kepada pemohon dalam tempoh yang munasabah, bank masih memerlukan pelbagai dokumen sokongan diserah walaupun Menteri Kewangan berjanji kelulusan adalah automatik bagi golongan B40, M40 dan Perniagaan Kecik & Sederhana (PKS) dan tempoh bayaran pinjaman ditambah sehingga dua hingga empat tahun lagi bagi mereka yang meminta moratorium.



PEMUDA UMNO meminta orang ramai yang mengalami sebarang masalah semasa meminta lanjutan moratorium pinjaman dan pengeluaran KWSP untuk terus menyalurkan aduan secara terperinci.

InsyaAllah, PEMUDA UMNO akan kumpulkan semua aduan terhadap masalah-masalah yang diterima kepada pihak Kementerian Kewangan.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
14 Disember 2020



DAP kumpul bantahan larang jual minuman keras, DBKL diseru jangan gentar!


Sebaran :


Leave a Reply