Air Kedah: Ramasamy nak ajar Najib sekali kena ajar balik

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy membidas Najib Razak berhubung isu membayar Kedah untuk sumber air mentah, dengan mempersoalkan pengetahuan bekas perdana menteri itu mengenai hak negeri terbabit menggunakan air dari sungai.

Ini selepas Najib bercakap mengenai isu Pulau Pinang harus membayar Kedah untuk sumber air mentahnya akibat bantahan negeri itu terhadap rancangan perlombongan di Ulu Muda, Kedah yang menjadi tadahan air untuk negeri itu, Pulau Pinang dan Perlis.

Minggu lalu, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menuntut Pulau Pinang membayar RM50 juta setahun kepada Kedah sebagai pampasan menggunakan air mentah dari sempadannya.


Jika P Pinang berkeras tentang hak air, jangan halang Kedah membalak di Ulu Muda, kata Najib



Najib Razak menegaskan Kedah berhak membalak di Ulu Muda, yang menjadi kawasan tadahan air, sekiranya Pulau Pinang berkeras mengambil air Sungai Muda tanpa membayar sebarang pampasan.

Bekas perdana menteri berkata ianya munasabah bagi Pulau Pinang membayar Kedah untuk memelihara sumber air jika kerajaan negeri itu “asyik mahu tegur Kedah” memanfaatkan sumber dalam sempadannya walaupun dibenarkan undang-undang.

“Sejak bila saya kata Pulau Pinang tak ada hak bawah undang-undang untuk mengambil air tanpa membayar Kedah?” katanya di Facebook.

Sebaliknya, Najib juga mengingatkan Pulau Pinang tiada hak untuk tegur atau mengecam Kedah berhubung isu pembalakan di Ulu Muda atau rancangan melombong nadir bumi.



“Dan undang-undang mana yang kata kerajaan Pulau Pinang boleh tuntut kerajaan Kedah melakukan pembenihan awan setiap kali ada kemarau? Tak ada, kan?”

Najib berkata jika tidak ada keperluan Pulau Pinang membayar Kedah, kenapa pula Ketua Menteri Chow Kon Yeow umum sedia berunding dengan Kedah berhubung isu itu.

“Ianya munasabah sebab wang yang dibayar Pulau Pinang boleh digunakan Kedah untuk kerja memelihara sumber air mentah yang memberi manfaat kepada kedua-dua negeri,” katanya. FMT

P. Ramasamy: Tidak Salah Ahli Politik Campur Tangan Kes LTTE?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker