Pas yakin majoriti kepimpinan setuju gabungan perdana, kata Hadi

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata majoriti kepimpinan bersetuju dengan cadangan penubuhan gabungan perdana bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau menganggap cadangan penubuhan gabungan itu sebagai positif.

“Sehingga kini dapati majoriti kepimpinan bersetuju dengan cadangan itu. Cuma bagi merealisasikannya perlu masa sedikit. Apa lagi kita belum tahu bila PRU15,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS.

Jumaat lalu, Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Hamzah Zainudin mencadangkan, PN, Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersatu bawah gagasan perdana untuk memastikan kemenangan pada PRU15.



Hamzah yang juga setiausaha agung PPBM berkata, gagasan itu harus menggubal “piagam persefahaman politik” untuk meyakinkan rakyat pada keupayaan PN menawarkan kestabilan politik serta dasar berkesan.

Bagaimanapun, Naib Presiden Umno Mohamad Khaled Nordin, menolak cadangan itu dan mempersoalkan keperluan dan motif penubuhan gabungan politik baharu. FMT

‘Kalau bubar sekarang, saya yakin kita boleh menang’ – Pak Long Mail



Related Articles

One Comment

  1. bagusla PAS setuju..cuma nk bgtau kami akar umbi UMNO xsetuju…ni hanyalah utk survival PPBM!Parti ciput

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker