Tempoh kuarantin kendiri dipendekkan kepada 10 hari di UK

TEMPOH kuarantin kendiri terhadap individu yang dikenal pasti sebagai kontak rapat pesakit COVID-19 dipendekkan kepada 10 hari di seluruh United Kingdom bermula Isnin.

Perkara itu diumumkan Menteri Pertama Scotland, Nicola Surgeon pada Jumaat.

Dalam satu sidang media yang diadakan di Edinburgh, Sturgeon turut memaklumkan penguatkuasaan itu juga akan terpakai kepada pengembara yang tiba dari negara-negara yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi.



Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pegawai Perubatan England, Jenny Harries memaklumkan Kumpulan Penasihat Bagi Kecemasan Penyakit dan beberapa institusi lain juga adalah antara kumpulan yang bersetuju dengan keputusan tersebut.

Mereka mendapati langkah itu dapat dilaksanakan selepas kajian mendalam dilaksanakan berkaitan penularan.

Pengurangan tempoh kuarantin kendiri itu diharap dapat mengimbangi risiko penularan dan menstabilkan kehidupan rakyat.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker