Seniman lapor polis filem ‘Babi’ Namewee berunsur perkauman

Persatuan Seniman membuat laporan polis terhadap filem “Babi” karya Wee Meng Chee atau Namewee yang ditayangkan di luar negara kerana dipercayai mempunyai unsur perkauman dan didakwa menjejaskan imej Malaysia.

Setiausaha Agung Seniman, Mohd Hafiz Mohd Nafiah berkata, selepas menonton klip video filem itu, beliau secara peribadi berpendapat ada unsur perkauman dalam filem itu, meskipun ia dikatakan dibuat berdasarkan kisah benar.

Beliau berkata, pihaknya bersikap terbuka bagi mana-mana pihak di negara ini yang mahu menerbitkan sebarang filem, namun ia harus berpandukan garis panduan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Lembaga Penapis Filem.

“Kami tidak menyekat mana-mana pihak untuk membuat filem yang kritis, tetapi kita kena faham Malaysia ialah negara pelbagai kaum.

“Kami juga menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyekat filem berkenaan di mana-mana platform media sosial, termasuklah YouTube,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati.

Filem itu didakwa menceritakan kejadian sebenar keganasan dan rusuhan kaum di sebuah sekolah menengah di selatan tanah air pada 2000.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Esha ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan berkenaan. FMT

Filem Baru Namewee, ada perkataan ‘Melayu’ selepas tajuk ‘Babi’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker