Mohon PM, Tengku Zafrul siasat kemelut MARACorp

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diminta menyiasat kemelut melanda MARA Corporation (MARACorp) yang membabitkan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Badlisyah Abdul Ghani.

Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa (UNI-MLC) berpendapat kemelut yang melanda MARA Corp itu ada berbau politik dan niat kurang baik terhadap Badlisyah.

Presidennya, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata, pihaknya memandang serius perkara itu apabila seseorang pegawai mempunyai ketokohan, intergriti dan kredibiliti yang cemerlang boleh ditendang keluar mengikut emosi politik oleh mereka yang mempunyai kuasa.

”UNI MLC mencadangkan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan Malaysia menyiasat secara terperinci dalam kemelut ini kerana jika dibiarkan kemungkinan lebih ramai tokoh-tokoh korporat yang berkelibar akan menjadi mangsa.



”Badlisyah yang merupakan seorang ahli korporat profesional yang dihormati di Malaysia dan di luar negara terutama ketika berkhidmat sebagai CEO CIMB Group Islamic Banking dan CIMB Islamic Bank Bhd yang pertama.

”Badlisyah juga merupakan mantan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lembaga Tabung Haji dan beliau menerajui Chartered Institute of Islamic Finance (CIIF) sebagai Pengerusi.

”Oleh kerana beliau mempunyai pengalaman yang luas serta mempunyai tokoh kepimpinan maka beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corp, ternyata bahawa pemilihan tersebut amat tepat dan disambut baik oleh masyarakat kerana pengalaman beliau akan memberi manfaat dan kelebihan kepada MARACorp untuk terus maju,” katanya dalam kenyataan di sini.

Namun, pada bulan November 2020, Badlisyah diarah bercuti dan digantung perkhidmatannya oleh lembaga MARACorp atas
sebab-sebab tersirat.



UNI-MLC mengingatkan pada awal tahun ini bahawa kerajaan telah memberi jaminan bahawa walaupun pemerintahan bertukar tangan, jika pegawai korporat yang telah dipilih terdahulu adalah seorang yang berkaliber, mempunyai rekod yang cemerlang dan tahap profesionalisme yang tinggi, kedudukan mereka tidak akan berubah. – MalaysiaGazette

Cadangan tutup MARACorp khianati agenda bumiputera



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker