Mandat pemimpin bukan tiket mengejar kuasa

 

KUALA LUMPUR: Mandat dan tanggungjawab sebagai pemimpin, khususnya dalam arena politik bukan tiket untuk mengejar kuasa, sebaliknya amanah yang perlu digalas sebaiknya.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mohd Alif Anas Md Noor berkata, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah semalam adalah satu isyarat jelas kepada semua pemimpin, supaya tidak leka dibuai kuasa.



Beliau berkata, ramai pemimpin seakan terlupa dengan tanggungjawab dipikul sebaik kuasa berada dalam genggaman.

“GPMS menjunjung kasih titah nasihat Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Shah ketika Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak yang baharu.

“Titah nasihat ini juga satu mesej jelas yang ingin disampaikan oleh Raja-Raja Melayu kita kepada rakyat jelata, mengenai kepentingan untuk rakyat memilih pemimpin yang baik, jujur dan ikhlas dalam perjuangan membela rakyat,” katanya kepada BH ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Alif Anas diminta mengulas teguran disampaikan Sultan Nazrin, pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak yang baharu.



Peragut terima padah serta merta

Titah baginda, tiga lantikan Menteri Besar sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah cerminan kepada kegagalan kepimpinan ahli politik.

Baginda bertitah, ia membuktikan pimpinan politik gagal mendapat jaminan sokongan padu secara konsisten, untuk membolehkan fikiran dan tenaga ditumpukan kepada usaha mentadbir urus negeri demi kepentingan rakyat.



“GPMS meminta semua pemimpin, lebih-lebih lagi mereka dari parti politik yang akan ‘mengejar amanah’ Allah SWT dalam pilihanraya kelak agar kekal pada prinsip yang bersih, dan jangan menjadi seperti ‘orang lain’ serta lupa segalanya apabila sudah berkuasa nanti.

“Permuafakatan adalah penting di kalangan ahli politik bagi memastikan pentadbiran kerajaan negeri dapat diuruskan dengan baik agar rakyat mendapat manfaat,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR), Profesor Dr Mohd Roslan Md Nor berkata, teguran baginda perlu diambil perhatian serius oleh semua ahli politik yang terbabit dalam kemelut berkenaan.

Duit sewa rumah, tiket kapal terbang hangus! Keputusan saat akhir susahkan Mahasiswa IPT



Beliau berkata, ahli politik perlu menjalankan tugas sebenar wakil rakyat, mewakili suara rakyat, membela rakyat ketika susah dan menjaga kebajikan mereka.

“Itulah tugas sebenar wakil rakyat, bukannya sibuk berpolitik dan mementingkan kuasa ataupun perebutan kuasa,” katanya.

Mohd Roslan berkata, pujian bagaimanapun wajar diberi kepada UMNO atas kesediaan mereka memohon maaf kepada rakan gabungan lain, dan ia adalah tindakan yang perlu menjadi teras kepada gabungan parti politik.



“Penyelesaian yang diambil dalam jangka masa lalu, sangat penting kerana ia menandakan muafakat terutama dalam kalangan masyarakat Melayu masih tetap utuh dan terpelihara,” katanya.

 

Tiga cedera, adegan kejar mengejar polis dan penjenayah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker