Covid-19 : 1937 kes baru hari ini dengan 9 kematian

Kementerian Kesihatan melaporkan 1,937 kes baru dalam tempoh 24 jam lalu, sementara 911 kes pulih.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu sebanyak 1,935 kes adalah penularan tempatan manakala bakinya adalah kes import.

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan sembilan kes kematian hari ini,” katanya dalam kenyataan.

Kementerian Kesihatan mengenalpasti tiga kluster baru membabitkan empat negeri iaitu Sabah, Kuala Lumpur, Selangor, dan Terengganu.

Kluster berkenaan adalah Kluster Bukit Gemok yang dikesan di daerah Tawau, Sabah; Tapak Bina Cendana membabitkan Lembah Pantai, Titiwangsa, dan Cheras di Kuala Lumpur; manakala Dang Mutiara dilapor di daerah Gombak, Selangor serta daerah Dungun dan Kemaman di Terengganu.

Status terkini COVID-19 setakat 12 Disember 2020

Jumlah sembuh baru: 911 kes
Jumlah kumulatif discaj: 68084 kes (82.8%)

Jumlah kes baru: 1937 kes
Jumlah kumulatif: 82246 kes
Jumlah kes aktif: 13751 kes

Kes tempatan: 1935 kes
Kes import: 2 kes

Jumlah kematian baru: 9 kes (7 WN, 2 BWN)
Jumlah kumulatif kematian: 411 kes (0.50%)

Jumlah kes di ICU: 121 kes
Pesakit intubated: 66 kes

Pecahan kes baharu (1,937)

Selangor
664 kluster sedia ada
50 saringan kontak rapat
109 lain-lain saringan

Sabah
211 kluster sedia ada
2 kluster baharu (Bukit Gemok)
123 saringan kontak rapat
93 lain-lain saringan

KL
192 kluster sedia ada
10 kluster baharu (Tapak Bina Cendana)
8 saringan kontak rapat
26 lain-lain saringan
2 import

Johor
73 kluster sedia ada
19 saringan kontak rapat
13 lain-lain saringan

P.Pinang
71 kluster sedia ada
17 saringan kontak rapat
14 lain-lain saringan

Pahang
53 kluster sedia ada
25 saringan kontak rapat
1 lain-lain saringan

Perak
54 kluster sedia ada
4 saringan kontak rapat
4 lain-lain saringan

N.Sembilan
36 kluster sedia ada
3 saringan kontak rapat
10 lain-lain saringan

Kedah
9 kluster sedia ada
4 saringan kontak rapat
3 lain-lain saringan

Melaka
6 kluster sedia ada
2 saringan kontak rapat
7 lain-lain saringan

Labuan
3 kluster sedia ada
2 saringan kontak rapat
6 lain-lain saringan

Terengganu
5 kluster baharu (Dang Mutiara)
1 kontak rapat

Sarawak
1 lain-lain saringan

Kelantan
1 saringan kontak rapat

Berita lanjut menyusul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker