Akar umbi UMNO pasti tolak cadangan gabungan perdana, kata Nur Jazlan

Timbalan Ketua UMNO Johor, Nur Jazlan Mohamed berkata, pemimpin akar umbi dan ahli parti itu tidak akan bersetuju dengan penubuhan gagasan perdana membabitkan Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak untuk memenangi pilihan raya umum ke-15.

Beliau menyifatkan PPBM sebagai parti minoriti lemah yang tidak mempunyai kekuatan akar umbi apabila kehilangan jawatan menteri besar di Johor, Kedah dan Perak selepas PRU14 lalu.

“Contohnya, kegagalan menteri besar daripada PPBM di Perak menjaga kepentingan bersama PN telah menimbulkan tindak balas daripada ADUN UMNO yang menyebabkan penyingkirannya,” katanya kepada FMT.

Beliau mempersoalkan bagaimana gabungan itu mahu berunding dan menentukan pembahagian kerusi yang tidak memihak kepada UMNO, tetapi meminta parti itu berusaha memenangkan calon PPBM.



“Prinsip demokrasi berparlimen adalah majoriti menentukan nasib minoriti, bukan sebaliknya,” katanya mengulas cadangan Setiausaha Agung PN dan PPBM, Hamzah Zainudin hari ini untuk PN, BN dan GPS bersatu di bawah sebuah gagasan perdana bagi memastikan kemenangan pada PRU15.

Katanya, gagasan itu perlu menggubal “Piagam Persefahaman Politik” untuk meyakinkan rakyat ia menawarkan kestabilan politik kukuh serta keupayaan untuk terus mentadbir negara melalui dasar berkesan. FMT

Cukuplah Muhyiddin ‘ke sana ke sini’ cari sokongan – Nur Jazlan



Related Articles

3 Comments

  1. Nur Jazlan, Ahmad Maslan adalah merupakan sebahagian pemimpin2 Umno yang kuno dan ditolak oleh pengundi dan sudah tidak releven dalam persada politik Malaysia sekarang. DiJohor tempat kubu kuat Umno tumbang tersembam kerana pemimpin2 bersikap dan bersifat ‘ Aku Raja”. Malang sekali pemimpin bodoh ini masih tak sedar diri dan berlagak sombong, masih hidup di awang2 mimpi. Tolol. Umat Melayu sekarang dah tak hairan dengan Umno lagi. Kamu bercerita tentang akar umbi, tapi tak sedar akar umbi kamu dah ramai lari ke PPBM dan Pas !! Kalau sikap yang meloyakan ini tak jugak berubah, Umno mungkin tinggal nama pada Pru15 nanti. Kaum Melayu maukan perpaduan dan jika umno tak suka, umno boleh blah.

  2. ya..kami akar umbi umno xmaju parti katak PPBM…kami akan undi bebas yg mesra BN kalau kerusi umno diberi pada ppbm katak

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker