Lima Terima Basikal Lipat dari Ebit Lew Undang Rasa Syukur Dari Netizen
Penceramah popular, Ebit Lew menghadiahkan basikal lipat kepada lima individu yang bekerja sebagai penghantar makanan sebentar tadi.
Katanya di laman Facebook, mereka yang terdiri daripada tiga individu berbangsa Cina dan dua India bekerja menghantar makanan dengan berjalan kaki.
Dia memberitahu, antara yang menerima bantuan adalah seorang ibu tunggal berbangsa Cina, Sharen; seorang wanita yang kehilangan kerja akibat Perintah Kawalan Pergerakan, Camy Yap, 26, dan Ramesh, 25, bapa kepada dua orang anak.
“Hokah Sing, 27, sebelum ini kerja promoter pelancong. Sekarang kerja hantar makanan berjalanan. Seronok tadi try (cuba) basikal baru,” katanya.
Tambahnya, seorang lagi penerima basikal lipat tersebut adalah seorang Muslim berbangsa India, Nurul Fauziah.
“Semoga semua anak muda di luar sana terus kuat. 2020 ni besar ujian untuk kita semua.
“Pasti 2021 kita akan menjadi lebih baik kerana di sebalik musibah ada rahmat darinya,” katanya
Netizen turut meluahkan rasa syukur atas keprihatinan yang diberi oleh Ustaz Ebit Lew
[VIDEO] Ebit Lew Hadiahkan Basikal Kepada Lima Penghantar Makanan
You must be logged in to post a comment.