Ahli PAS kecewa PPBM Raub cuba pikat ahli PAS



Seorang ahli Pas, Tengku Shah Amir dari Raub melahirkan rasa kecewanya terhadap pimpinan PPBM Raub yang cuba memikat ahli Pas untuk menyertai parti mereka.

Beliau berkata selama ini beliau tidak pernah mengusik pihak lawan atau kawan dan sentiasa menjaga perasaan dan air muka rakan-raksn dalam PN demi permuafakatan.

Berikut adalah luahan hati dari facebook Tengku Shah Amir :-

Assalamualaikum

Selama ini saya tidak pernah mengusik mana2 pihak kawan mahupun lawan dan saya sentiasa menjaga perasaan dan air muka rakan2 dalam PN sehinggalah pada petang semalam saya rasa sangat terkejut dengan tindakan pimpinan Bersatu Raub yang telah mengusik ahli2 PAS untuk menyertai Bersatu. Tak cukup sekadar itu dimuatnaik pula dalam FB.. apakah yang sedang pihak Bersatu Raub cuba buktikan?? Pada saya ini adalah satu tindakan yang tidak beretika di dalam sesuatu perikatan dan perlu dihentikan SEGERA!!! Kita perlu sedar selaku adik perlu menghormati abang2 yang lebih dahulu merasai asam garam dalam berpolitik. Dan ini adalah Ingatan keras dari saya JAGALAH PERMUAFAKATAN KITA INI SETERBAIK MUNGKIN.




Bak kata pepatah
“Jangan sesekali jadi seperti Angan-angan menerawang langit”

Ladanilah PERMUAFAKTAN ini dengan penuh rasa saling menghormati. Andai semua ini tidak di hentikan SEGERA!! jangan terlalu berharap untuk mendapat sokongan yang sepenuhnya dari ahli PAS.

Sekian Terima Kasih.



Leave a Reply

Your email address will not be published.