Pejuang heret ROS ke mahkamah

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang diketuai bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad telah mengemukakan semakan kehakiman untuk memaksa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) membuat keputusan mengenai status pendaftaran parti itu.

Semakan itu memohon perintah mahkamah dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sama ada meluluskan atau menolak permohonan untuk mendaftarkan parti berkenaan secara rasmi sebagai parti politik di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Ia juga bertujuan mendapat perisytiharan mahkamah bahawa kegagalan Ketua Pengarah dan ROS untuk respon sebarang permohonan atau komunikasi bertulis adalah tidak masuk akal dan tidak berniat untuk menunda pendaftaran Pejuang.

“Pejuang akan sentiasa mempertahankan prinsip kedaulatan undang-undang dan dengan demikian membawa pendaftarannya ke mahkamah untuk mendapat keputusan yang adil.



“Jawatankuasa pro-tem Pejuang akan memberitahu orang ramai mengenai kemas kini kes ini dari semasa ke semasa,” kata setiausaha agung jawatankuasa itu Amiruddin Hamzah dalam satu kenyataan hari ini.

Amiruddin dinamakan sebagai plantif yang bertindak bagi pihak Pejuang, sementara ROS dan ketua pengarahnya adalah responden bagi tuntutan tersebut. Mk

https://mykmu.net/2018/04/07/bahana-politik-dendam-dr-mahathir/



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker