Sang bedal tersangkut jerat

 

Miri: Pekerja ladang kelapa sawit di Jalan Pesisir Pantai Bintulu-Miri di sini dikejutkan dengan penemuan seekor buaya sepanjang 4.27 meter yang terperangkap dalam jerat di kawasan parit petang hari ini.

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, pekerja ladang terbabit kemudiannya menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah bagi menangkap reptilia itu.

“Sepasukan anggota bomba dari BBP Batu Niah ke lokasi kejadian yang terletak 20 kilometer dari balai berkenaan sejurus menerima panggilan pada 3.20 petang,” kata Ketua BBP Batu Niah, Francis Angeh.

Menurutnya, pihaknya tidak dapat pastikan tujuan jerat yang memerangkap buaya itu dipasang.

“Selepas melakukan pemerhatian serta tindakan sesuai dan selamat, pasukan bomba menggunakan tali bagi mengikat reptilia berkenaan sebelum menariknya ke darat untuk diselamatkan.

“Sejurus buaya itu berjaya berjaya diikat, pasukan bomba menarik buaya berkenaan ke darat dengan bantuan pegawai dari Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan pekerja ladang.

“Anggota bomba mengambil masa hampir dua jam bagi mengikat serta menarik buaya terbabit ke darat sebelum operasi ditamatkan pada 5.47 petang,” katanya.

Menurutnya, buaya berkenaan kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk tindakan lanjut.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker