Dirompak Ketika Kelas Zoom

Washington: Seorang guru wanita di Ohio melalui detik cemas apabila dirompak penjenayah yang baru 36 hari keluar penjara, ketika dia mengendalikan kelas dalam talian menerusi aplikasi Zoom.

New York Post melaporkan, ketika kejadian pada 23 November lalu itu, Amanda Zupancic, bersendirian di rumahnya di Clevelan.

Wanita itu terdengar bunyi gelas pecah sebelum melihat seorang lelaki berjalan melalui pintu dengan pisau di tangannya.

Agensi

“Dia mula mengancam sebelum mengheret saya ke bilik tidur di tingkat atas,” katanya.



Katanya, ketika itu, kelas dalam taliannya menggunakan aplikasi Zoom masih berlangsung.

Menurutnya, lelaki itu meminta menyerahkan jam tangan dan cincin perkahwinan.

Zupancic berkata, tidak lama kemudian, lelaki itu membawanya ke tingkat bawah sebelum dia mengambil kesempatan untuk melepaskan dua anjing peliharaannya.

Ketika seekor anjingnya menyerang lelaki itu, Zupancic mengambil kesempatan mengambil gunting dan mengejar lelaki itu hingga ke pintu depan.



“Saya mengejarnya dengan gunting sehingga ke jalan dan menjerit meminta tolong,” katanya.

Seorang kontraktor yang bekerja berdekatan rumahnya menahan suspek sebelum menyerahkannya kepada polis.-Agensi

Baru Sehari Meniaga, Kedai Dah Kena Rompak! Siap Pilih Kasut Lawa Lagi…



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker