UMNO Tidak Main Main Kali Ini

oleh Zam Yahaya

Perkembangan Terkini Politik Perak Adalah Prelude Kepada PRU15.

Buat pertama kalinya sejak March 2020, UMNO betul betul tembak peluru hidup, bukan main mercun bilamana 25 orang ADUN UMNO tidak menyokong undi percaya terhadap Menteri Besar Perak yang juga Timbalan Presiden PPBM.

Buat pertama kalinya UMNO benar benar “Put PPBM In Its Place”. PPBM kena cermin muka sikit.



Apabila PAS yang seolah olah lebih sudu dari kuah dengan pantas mengatakan yang mereka tidak akan menyokong kerajaan Perak yang baru, UMNO dengan segera dan betul betul menggunakan meriam katak kali ini, bukan meriam buloh seperti selalunya dengan mengadakan rundingan bersama parti parti komponen Pakatan Harapan yakni PAN & PKR.

Walaupun rundingan tersebut hanya “Gempak Keling” (istilah orang Melayu for calling a bluff) PAS betul betul panik dan UMNO memang sudah berani dan bersedia sekiranya PAS & PPBM berdegil.

Tambahan pula PAS Perak benar benar mahukan kerjasama dengan UMNO dan tak memperdulikan PPBM serta kenyataan dua orang pemimpin tertinggi PAS.

Itu menunjukkan akar umbi PAS pun tidak semuanya merestui tindakan pucuk pimpinan mereka yang meminggirkan UMNO dan bertuankan PPBM.



Sudah sampai masanya pemimpin pemimpin PAS berfikir dua kali sebelum nak meminggirkan UMNO kerana mereka mungkin akan dijatuhkan oleh akar umbi mereka pada pemilihan akan datang.

Akar umbi PAS pun sudah melihat terang terang bagaimana laungan penyatuan ummah oleh PPBM hanya manis kata dibibir sahaja bilamana masih enggan menyokong kerajaan baru diterajui oleh UMNO walaupun PAS sudah setuju. Akar umbi PAS sudah nampak jelas tentang ketidakilhlasan PPBM dan siapa yang gila kuasa. Mereka sudah nampak yang orang macam Taqiyuddin Hassan tidak sesuai menerajui PAS. Mereka sudah nampak bagaimana akar umbi UMNO mampu mencorakkan pemimpin UMNO!

Ingat, kita sekarang sudah masuk zaman “A New Normal”. Segala galanya sudah berubah. Zaman ahli ahli PAS walaq membuta tuli juga sudah berakhir.

Kepada Mereka Yang Belum Faham, Ingatlah Yang Kerjasama Dengan PH Untuk Menumbangkan Kerajaan PN Sebelum PRU15 Bukanlah Satu Perkara Yang Tidak Boleh Menjadi Kenyataan Dan Samaada Ianya Berlaku Atau Tidak Bergantung Kepada PPBM & PAS.



Jangan Cakap Pakcik Tak Pesan…Dah Banyak Kali Dah Saya Tulis. Bukan Kita Nak Sangat Tapi Kalau Nak Bunuh Ular Sawa, Kadang Kadang Kena Bawa Balik Babi Ke Rumah Buat Umpan!

Muafakat Nasional boleh menang PRU15 jika satu lawan satu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker