Malaysia sedia perluas kawalan di Beting Patinggi Ali – Tok Mat

Malaysia sedia perluas kawalan di Beting Patinggi Ali – Tok Mat

Malaysia bersedia meluaskan kawalan di perairan sekitar Beting Patinggi Ali, Sarawak, bukan hanya membabitkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), malah turut mengerahkan aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata adalah penting untuk negara meletakkan aset ketenteraan di kawasan pertindihan itu bagi mengelakkan ia dianggap dimiliki negara lain.



Beliau berkata, Malaysia bagaimanapun tidak menganggap kehadiran kapal pengawal pantai China di perairan itu sebagai satu bentuk pencerobohan kerana ia adalah kawasan pertindihan.

“Kita mengawal keadaan dan meletakkan aset di sana supaya ia tidak menjadi ‘doktrin estopel’ (menghalang individu daripada menuntut sesuatu) iaitu apabila anda meletakkan aset di sana (perairan) itu menjadi milik anda.

“Jadi kitapun meletakkan aset di sana kerana ia kawasan pertindihan yang mana masing-masing akan cuba membuktikan itu adalah kawasan mereka.

“Begitulah masing-masing akan cuba membuktikan ia kawasan mereka dan kitapun akan buktikan dengan meletakkan aset di sana… aset kita lebih dari itu (mencukupi),” katanya.



Beliau berkata demikian pada sidang media di sini selepas membuat tinjauan kerja ke tapak pembinaan perumahan program Satu Anggota Satu Rumah (SASAR) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sungai Besi, di sini hari ini.

Projek SASAR Sungai Besi membabitkan pembinaan lima blok kediaman meliputi 3,500 unit bagi tiga kategori yang dijangka siap sepenuhnya akhir 2024.

Beliau mengulas laporan portal berita bahawa kapal peronda kelas-Kedah milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Kelantan (PV175) dilaporkan berada di perairan sekitar Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) untuk memantau kehadiran kapal pengawal pantai China di perairan milik Malaysia yang kaya dengan sumber minyak dan gas. BH

Malaysia sedia perluas kawalan di Beting Patinggi Ali – Tok Mat



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akibat Dipukul Polis, Lelaki Ini Hilang ‘Telur’ [VIDEO]



Mati hidup semula: Wanita terkejut lihat mendiang suami dalam video promosi restoran

Minat Tarian Singa Sejak Kecil, Tengok Abang Masuk Pertandingan – Siti Aishah [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker