[VIDEO] Akhirnya Michael Ang Tampil Beri Respon Selepas Kak Ani Bersuara Nak Jumpa Lepas GV7 Berakhir..
” Kalau nak masuk reality show dan tak sanggup kena komen jangan masuk.”
Itu reaksi balas penerbit dan pengarah terkenal Michael Ang terhadap akaun IG yang menggunakan nama Akar Kita Zapin.
Sebelum itu, akaun IG terbabit yang menggunakan foto penyanyi Noraniza Idris sebagai gambar profil, mempersoalkan tindakan Michael Ang yang tidak mahu Noraniza Idris ke final Gegar Vaganza musim ke-tujuh (GV7).
Berkongsi foto tangkap layar, Michael Ang menyifatkan kata-kata yang dimuatnaik akaun terbabit sebagai meImpau batas dan bersifat perkauman.
Antara lain, akaun itu menulis;
” Michael Ang..ada hajat besar aku nak berdepan dengan dia lepas GV ni..tunggu lepas GV tamat minggu depan..aku tak sabar nak confront dengan muaIaf ni”
Selain itu akaun IG itu turut menuduh Michael Ang memeluk lsIam kerana populariti dan mahu meraih simpati peminat.
Menjawab tuduhan itu, Michael berkata dia tidak pernah mendedahkan kepada umum sebaik dirinya memeluk lsIam, sebaliknya perkara itu didedahkan oleh pihak lain.
Nampak sangat kau dalam gua
” Masuk lsIam sebab nak popular? Hish nampak sangat kau dalam gua! Kalau pasal aku masuk lsIam nak glamour tak la aku sembunyikan sampai dikantoikan. All I can say org mcm kau la buat org takut dgn lsIam ya!”
” Tapi benda pasal i muaIaf ni, nampak sgt kebodohan u, satu Malaysia tahu bila i memeluk agama lsIam tak siapa pun tahu, i yang nak sembunyikan.
” Kalau tak sebab kantoi sampai hari ni pun u all takan tahu I dah beragama lsIam! So I memeluk agama lsIam untuk popular?
” Kepada penulis and account holder posting ni orang yang beragama lsIam macam kau ni la yang membuat orang luar sana takut dengan lsIam!
” So fikir-fikirkan la apa ygan u dah cakap dan tulis! Honestly I feel sad for u for someone who is born a Muslim! Anyway to the rest of u luv u and stay safe! Oh yes lupa nak cakap Aku Maafkan kau!” tulis Michael Ang.
Terdahulu, isu membabitkan Michael dengan bintang Gegar Vaganza musim ke-tujuh (GV7), Noraniza Idris hangat diperkatakan ramai.
Habis final GV7 nanti, memang saya nak jumpa one to one dengan dia
Ia susulan Noraniza atau lebih selesa dipanggil Kak Ani meluahkan kekesalan terhadap komen Michael yang mahukannya tersingkir dari GV7.
Disebabkan komen Michael itu, Kak Ani berkata beliau bersemuka dengan Michael sebaik final GV7 berahir pada Ahad ini.
” Saya bukan jenis yang akan berdiam diri atau mnangis (bila diri dicemuh). Lepas habis final GV7 nanti, memang saya nak jumpa one to one dengan dia!
” Please call me, saya nak bersemuka dan berkenalan dengan awak.
” Saya nak tanya apa masalah dia dengan saya? Tak layak ke Noraniza Idris masuk GV7? Truk sangat ke Noraniza Idris di mata Michael Ang?” kata Noraniza Idris.
Respon Michael Ang,
Salam semua! Sila hadam ni! Dah masuk dlm industry atau masuk programme reality terima la komen org luar pasal hasil kerja kita!
Aku memang tak tahu apa apa pasal music infact aku TONE DEAF! Tapi I Ada deria pendengaran so apa I komen Ada la apa I dengar! Kalau sedap, sedap la komen.
Kalau tak sedap tak sedap la komen I ! Hadam ya! So I komen because of performance not because of your personality or appearence or personal vendetta! Tapi bab agama tlg jgn sentuh nak tgk aku naik hantu teruskan komen bab2 tu! Luv u all n stay safe!
Video,
Sumber: Lawaksiot/olahan RJ
Serius La Noraniza Idris Top 3, Another Level Telinga Juri – Michael Ang
You must be logged in to post a comment.