Kemelut Politik Perak: PAS Derhaka? Tidak Sesekali – Pegawai Razman



Sebaran :

 

Setiausaha politik kepada pesuruhjaya PAS Perak menafikan dakwaan bahawa parti itu derhaka kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, selepas membatalkan rancangan mengadap baginda di Istana Kinta, Ipoh hari ini.

Fairuz Hafiizh Othman, berkata, PAS mengambil keputusan untuk tidak menghadap sultan kerana masih belum membuat keputusan berhubung isu jawatan menteri besar di negeri itu.

“Dah tersebar kononnya PAS derhaka Sultan. Sultan rilek je tak sebut apa pun.



“(Ahli Dewan Negara Perak) Annuar Zaini yang mewakili istana dikhabarkan memanggil pimpinan PAS melalui satu panggilan segera hari ini.

“PAS Perak belum bersedia dengan keputusan. Maka PAS Perak memaklumkan ketidaksediaan tersebut,” katanya dalam hantaran Facebook, sebentar tadi.

Dia berkata demikian mengulas tindakan Adun PAS Perak membatalkan rancangan menghadap Sultan Nazrin hari ini.



 

Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria memberitahu bahawa mereka tidak akan mengadap sultan pada waktu yang ditetapkan.

Menurut Adun Gunung Semanggol itu, PAS langkah itu diambil kerana mereka belum ada sebarang keputusan untuk dipersembahkan kepada baginda.

“Nanti macam kita jumpa tuanku main-main pula (kalau tidak ada keputusan),” katanya.



Bagaimanapun Razman berkata PAS akan mengadap Sultan Nazrin kemudian namun belum ada tarikh ditetapkan.

‘Kena main dengan Umno’

Sementara itu, Fairuz mendakwa PAS Perak telah dipermainkan oleh Umno.



“PAS tak boleh terheret sama dalam polemik perpecahan ini. Sewajarnya kita semua letakkan keyakinan untuk usaha menghalang dari runtuhnya penyatuan ummat Melayu Islam khasnya di Perak.

“Dari awal PAS cuba perteguhkan penyatuan ini. Usul yang di bawa Umno di sokong oleh PAS. Malangnya Umno yang tak sokong. Kesian PAS kena game dengan Umno.

 “Sudahnya apabila keadaan semakin parah PAS yang cuba mendamaikan dipersalahkan,” katanya.



 

Untuk rekod, pada 4 Disember Ahmad Faizal Azumu disingkir sebagai menteri besar selepas kalah dalam usul undi percaya.

Faizal juga timbalan presiden Bersatu hanya menerima sokongan 10 Adun termasuk tiga daripada PAS.


Sebaran :


Leave a Reply