Sungai Selangor tercemar lagi, 1,274 kawasan terjejas bekalan air

BEKALAN air bersih kepada penduduk di 1,274 kawasan di Lembah Kelang terjejas lagi berikutan satu pencemaran sumber air mentah dikesan berlaku di Sungai Selangor.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan awal pagi ini memaklumkan pihaknya telah menghentikan tugas Loji Rawatan Air Rantau Panjang pada pukul 11.30 malam tadi.

Sementara Loji Rawatan Air Sungai Selangor (SSP) Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 dihentikan tugas pada pukul 1.00 pagi tadi.

“Henti tugas ini akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 1,274 kawasan di wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

“Senarai kawasan-kawasan yang terjejas dengan henti tugas ini akan diumumkan dari semasa ke semasa di semua saluran komunikasi Air Selangor,” katanya dalam satu kenyataan awal pagi ini.

Henti tugas loji air tersebut akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan lebih satu juta pengguna.

Ini adalah kejadian pertama gangguan bekalan air di Lembah Kelang untuk bulan Disember.

Kawasan Lembah Kelang mengalami gangguan bekalan air hampir setiap bulan disebabkan perbuatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu mencemarkan sumber air di negeri itu. SM

Sungai tercemar: Tauke kilang, penternak ladang babi kebal undang-undang?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker