Macam Macam Hal…Suami Isteri Ditahan Bakar Wang Kertas

Yangon: Padah membakar wang kertas secara siaran langsung di Facebook (FB), pasangan suami isteri di Myanmar ditahan pihak berkuasa.

Pasangan yang menjual barangan mewah itu kini disiasat dan jika sabit kesalahan mereka berdepan hukuman penjara dua tahun.

Portal Coconuts.co melaporkan pasangan itu disiasat kerana menggunakan pemetik api bagi membakar not kertas 5,000 Kyat (RM15) dalam siaran video yang tersebar dengan cepat di negara itu.

Pegawai polis di Balai Polis Bandar Thingangyun mengesahkan, siasatan lanjut dilakukan.
“Berdasarkan keterangan suspek lelaki, mereka membuat satu upacara untuk melariskan produk jualan mereka.

“Upacara itu kononnya disyorkan tukang tilik mereka,” katanya.

Katanya, pasangan itu yang menetap di Lay Daung Kan Ward di sini, akan didakwa mengikut akta kewangan negara berkenaan yang membawa hukuman penjara dua tahun jika sabit kesalahan.

Dalam video tular itu, Mya Phue Thwe yang berpakaian baju tanpa lengan cetakan harimau bintang menyaksikan suaminya yang bercermin mata gelap tanpa pakaian menyalakan pemetik api membakar wang itu di dalam piring kaca-Agensi

Bakar kucing: Ganjaran RM10,000 kepada pemberi maklumat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker