Saarani beri arahan tutup mulut

Pengerusi Umno Perak Saarani Mohamad membuat ketetapan bahawa hanya pejabatnya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung krisis politik semasa di Perak.

Dia turut meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang andaian berhubung situasi semasa di negeri tersebut.

“Badan perhubungan Umno Perak memandang serius pelbagai spekulasi dan khabar angin berikutan beberapa kenyataan dikeluarkan di luar saluran parti berhubung senario politik Perak.

“Justeru, semua pihak diminta supaya bertenang dan tidak membuat andaian berikutan kenyataan-kenyataan yang dibuat tanpa bersandarkan keputusan rasmi parti.

“Sehubungan itu, sebarang kenyataan rasmi parti berhubung perkembangan proses pembentukan kerajaan negeri hanya akan dikeluarkan melalui pejabat pengerusi badan perhubungan Umno negeri Perak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahli Dun Kota Tampan itu berkata demikian selepas krisis politik di Perak masih tidak jelas penyelesaiannya.

Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu gagal dalam usul undi percaya terhadapnya yang dibawa oleh Adun Umno Abd Manaf Hashim (Pengkalan Baru) Jumaat lalu.

Faizal sebelum ini menjadi menteri besar Perak selepas PH menang di negeri itu pada pilihan raya umum 2018.

Selepas 22 bukan memerintah, Adun Chenderiang membuat kerjasama dengan Umno dan PAS menubuhkan kerajaan PN, dan kembali menjadi menteri besar bawah kerajaan negeri baru.

Dalam undi percaya minggu lepas, Faizal yang juga timbalan presiden Bersatu hanya meraih sokongan 10 Adun, manakala 48 Adun tidak menyokong.

Susulan itu, Umno yang menguasai 25 kerusi DUN disebut-sebut bakal menubuhkan kerajaan baru dengan Saarani dispekilasi akan dilantik sebagai menteri besar yang baru. Mk

Saarani Sudah Dapat Sokongan 30 ADUN Jadi MB Perak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker