Menteri patut kaji nisbah kuil dengan penganut, bukan tegur MB Kedah

Sanusi ada di landasan betul, bertindak ikut undang-undang

SENATOR dan juga bekas menteri perpaduan menggesa Menteri Perpaduan Nasional untuk menegur Menteri Besar Kedah kerana menggunakan isu perkauman terhadap pengkritiknya berbangsa India, berikutan isu perobohan kuil di Kedah.

MB Kedah telah bertindak di landasan yang betul, kenapa harus ditegur? Ultra kiasu sungguh mereka semua ini.

Sepatutnya kerajaan perlu serius melakukan kajian terperinci mengenai lambakan kuil-kuil haram yang berada di tanah kerajaan sehingga boleh menimbulkan masalah untuk membangun sesuatu kawasan,

seterusnya menimbulkan isu perkauman dan juga kematian seperti yang berlaku di Subang Jaya dua tahun lalu.

MB Kedah berada di landasan yang betul, bertindak mengikut peruntukan undang-undang, demi kesejahteraan, keselamatan dan keharmonian negeri.

Tidak timbul langsung isu penghinaan dalam masyarakat berbilang kaum dan pelbagai budaya.

Peliknya kenapa kesemua ultra kiasu ini tidak timbul membangkitkan isu perobohan premis lain seperti gelanggang silat, bengkel dan gerai.

Kenapa hanya memperjuangkan soal kuil semata inilah yang membawa isu perkauman sebenarnya.

Memang tepat sekali perumpamaan MB Kedah,‘mabuk todi’, mahu menunjuk jaguh kaum pada masa sekarang.

Ultra kiasu ini tidak ada hak untuk mencadangkan kepada kepimpinan PAS Pusat untuk mempertimbangkan semula sama ada Sanusi adalah orang yang paling layak berkhidmat sebagai MB Kedah.

Sememangnya beliau paling layak menyandang jawatan itu kerana berani memertahankan hak kepada yang berhak.

Cuma kita amat sedih mengapa parti-parti politik lain tidak mengeluarkan kenyataan menyatakan sokongan mereka terhadap tindakan MB Kedah ini.

Cuba renung sejenak. Lambakan kuil-kuil yang didirikan di tanah-tanah kerajaan (swasta) pada zaman pemerintahan siapa? Tepuk dada tanya iman.

Saranan saya, buatlah kajian lambakan kuil-kuil yang tidak seimbang dengan bilangan penduduk mereka.

Lebih pelik lagi, ada kawasan yang penganut agama Hindu boleh dikira dengan jari tetapi, kuilnya begitu besar.

Ada juga kuil saling berdekatan, berskala besar, berderet-deret dalam kawasan yang sama.

Contohnya di Serdang, Sentul, dan banyak lagi di kebanyakan negeri.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker