Politik Perak: Walaupun teraniaya, UMNO perlu sabar sehingga PRU-15

 

Barisan pemimpin parti-parti Melayu iaitu UMNO, PAS dan Bersatu di Perak sepatutnya jelas dengan perjuangan mereka, walaupun berlainan parti, namun mereka telah diberikan amanah untuk membawa agenda ummah. 

“Apabila bercakap mengenai agenda ummah, maka semestinya kepentingan kuasa bangsa Melayu itu patutnya diutamakan berbanding kuasa parti sendiri, tetapi sebaliknya yang dilakukan oleh UMNO walaupun melihat keadaan politik mereka kelihatan dianiya dan segi kedudukan politik

“Oleh yang demikian, apalah diambil kira sangat Menteri Besar Perak adalah daripada Bersatu. Buat sementara waktu ini, lebih lebih lagi kita sedang dilanda wabak COVID-19 dan majoriti kerajaan amat sedikit berbanding PH, maka sepatutnya UMNO menunjukkan kematangannya sebagai parti tua dengan bersabar sehingga Pilhan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

“PRU15 adalah medan yang terbuka untuk UMNO berkuasa, apa salahnya UMNO bersabar sehingga PRU15 demi kepentingan ummah. Inilah penyakit pemimpin UMNO sebenarnya,

Dalam suasana politik yang tidak stabil ini juga, adalah tidak mustahil untuk Pakatan Harapan (PH) sebagai pembangkang mengambil kesempatan untuk mencari ikhtiar supaya kembali menjadi majoriti dan akhirnya mengambil alih kerajaan negeri Perak. 

“Ini tidak mustahil, lebih-lebih lagi mungkin terdapat YB yang boleh ‘dibeli’ dan dijanjikan sebagai EXCO. Sekiranya ini berlaku, maka PH akan mendapat majoriti mudah dan sekali gus boleh menjadi kerajaan,” katanya lagi.

Kemelut politik Perak: Perlantikan MB baharu adalah ‘Jalan Penyelesaian’

Mereka perlu menjadikan Perlembagaan sebagai tiang seri, ingin mengingatkan pemimpin-pemimpin parti Melayu supaya kembali semula menghayati semangat memperjuangkan ketuanan Melayu. 

Hanya bangsa Melayu sahaja yang mampu menjaga keharmornian rakyat di Malaysia ini,” tegasnya.

Perak mempunyai 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang 25 daripadanya terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Bersatu (5), PAS (3), DAP (16), PKR (3), PAN (5) dan masing-masing satu kerusi milik Gerakan dan Bebas.

Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, semalam, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal melepasi usul ‘undi percaya’ terhadap kepemimpinannya yang dikemukakan oleh ADUN Pengkalan Baharu daripada BN, Datuk Abdul Manaf Hashim.

Dalam undian daripada 59 ADUN, sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya manakala satu undi rosak atau berkecuali. 

Ketika ini, dua nama daripada UMNO disebut-sebut bakal mengambil alih jawatan Menteri Besar iaitu Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad yang juga ADUN Kota Tampan dan ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Menteri Besar Perak: Antara Saarani dan Zambry atau Muka Baharu

Related Articles

One Comment

  1. apa susah sangat tak nak dap, pkr atau amanah berkongsi kuasa…sokong je lah MB baru & kekalkan kerjasama kerajaan PN yang telah sedia ada…kepada bersatu, terimalah hakikat ‘peja’ memang patut pun diturunkan…jangan hentam sangat UMNO dengan apa berlaku, kalau UMNO mainkan & perbesarkan naratif pengkhianat bangsa kepada bersatu kerana menjual ladang sawit kepada orang asing, tahu pula bersatu nak marah…jangan jadi hipokrit!

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker