Politik Perak: Hampir tiga jam bermesyuarat, pemimpin UMNO kunci mulut

IPOH: Selepas hampir tiga jam bermesyuarat, tiada seorang pemimpin UMNO buka mulut untuk mengulas pasca Mesyuarat Khas Perhubungan UMNO Perak
Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merupakan antara individu yang awal meninggalkan mesyuarat itu.
Antara pemimpin pusat lain termasuk Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Parit, Datuk Nizar Zakaria.
Kesemua mereka selesai bermesyuarat sekitar jam 10.15 malam.
Ia disusuli mesyuarat melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang selesai jam 11 malam.
Pada Ahad, Ahmad Zahid dijadual menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta jam 10 pagi.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker