Pemimpin UMNO, Pas bincang isu krisis politik Perak – Annuar

Pemimpin UMNO dan Pas akan segera bertemu untuk bersama-sama berbincang mengenai perkembangan politik termasuk isu krisis politik di Perak.

Pertemuan itu diadakan dalam hubungan kedua-dua parti itu dalam Muafakat Nasional.

“Adalah penting kita tangani bersama semua kekusutan.Jangan mengharap untung secupak tapi akhirnya rugi segantang,” kata Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa ciapan Twitternya hari ini.

Krisis politik di Perak mengakibatkan Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terpaksa meletak jawatan kerana tidak mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).



Bagaimanapun, kesemua ADUN BN menolak Ahmad Faizal namun tidak sepakat dengan ADUN Pas di negeri itu. MG

Pada Jumaat, Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu telah menetapkan untuk tidak menyertai usaha pembentukan Kerajaan Negeri Perak yang baharu.

Pada masa sama, Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya kesal berhubung situasi yang berlaku dalam di Perak.

Setakat ini tiga nama yang dipertimbangkan untuk jawatan menteri besar Perak iaitu, Pengerusi Umno Perak, Saarani Mohamad, bekas menteri besar, Zambry Kadir dan Adun Rungkup Shahrul Zaman Yahya.



“Tapi nampaknya lebih kepada Saarani dengan kedudukannya sebagai pengerusi Umno negeri, bagaimanapun Zambry juga ada pengalaman.

Amanah Perak terbuka bincang bentuk kerajaan negeri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker